web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Petugas Kesihatan Salah Guna Kedudukan Dipenjara 2 Bulan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2021 3:46PM

Mohd Zambry dihukum penjara 2 bulan dan denda RM17,500 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di Melaka Tengah, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA TENGAH - Padah menyalah guna kedudukan, seorang petugas kesihatan dipenjara dua bulan dan didenda RM17,500 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Hakim, Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Mohd Zamry Yazid, 46, selepas dia mengaku bersalah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kedudukan sebagai pegawai badan awam untuk mendapatkan suapan dengan terbabit dalam permohonan pembekalan dan penyediaan sebut harga.

Tertuduh juga memperakukan tuntutan bayaran kepada syarikat milik adiknya, melalui baucar arahan pembayaran bagi peralatan perubatan iaitu kertas ultrasound bernilai RM3, 500.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh di Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Jasin pada 18 Oktober 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Tertuduh, yang diwakili peguam Mohd Zulfiqri Zakaria, merayu agar dikenakan hukuman ringan, atas alasan perlu menanggung ibu dan adik.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Irwan Shah Abdul Samat bagaimanapun memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh dipenjara dua bulan serta didenda RM17, 500 atau enam bulan penjara jika gagal bayar.

Sebanyak 13 lagi pertuduhan terhadapnya di bawah akta sama akan mengguna pakai Take Into Consideration (TIC) berdasarkan Seksyen 171 Kanun Prosedur Jenayah.

Tertuduh membayar denda dikenakan. - Getaran, 20 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 4 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia