web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Leka Sabung Ayam, Warga Emas Antara 3 Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Sep 2021 4:30PM

Warga emas antara tiga lelaki yang ditangkap ketika sedang leka menyabung ayam di kawasan tanah lapang kebun kelapa sawit, Jalan Sungai Pakan, Julau, petang semalam.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JULAU - Seorang warga emas adalah antara tiga lelaki yang ditangkap ketika sedang leka menyabung ayam di kawasan tanah lapang kebun kelapa sawit, Jalan Sungai Pakan, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Julau, Deputi Suprintendan (DSP) Andam Sulin Brayun berkata, serbuan pada jam 2 petang itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Julau.

Menurutnya, ketiga-tiga mereka yang ditangkap berusia dalam lingkungan 35 hingga 75 tahun.

“Menerusi serbuan, polis juga berjaya merampas lima ekor ayam sabung yang masih hidup, alat penimbang, keratan kotak tertulis pelbagai angka dan sebilah taji ayam.

“Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke IPD Julau dan kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Penganiyaan Binatang 1963,” katanya kepada Getaran hari ini.

“Kesemua suspek juga akan dikenakan kompaun mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Didalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.3) 2021,” katanya.

Andam berkata, kesemua suspek juga melakukan kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) semasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) 2021 dan didenda sebanyak RM 1,500 seorang, tegasnya.

Beliau turut mengingatkan agar orang ramai tidak menjalankan kegiatan judi sabung ayam dan sentiasa mematuhi arahan penguat kuasa sepanjang tempoh PPN ini berkuat kuasa.

“Aktiviti seperti ini boleh menyebabkan orang ramai berkumpul dan secara tidak langsung boleh menyebabkan penyebaran wabak COVID-19.

“Pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti sabung ayam dan tindakan tegas akan diambil,” katanya. - Getaran, 20 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Sukan 1 bulan yang lalu

SUKMA 2024: Sarawak Terus Cemerlang, Dahului Carta Kutipan Pingat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia