web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pawagam Terengganu Kembali Beroperasi Khamis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Sep 2021 9:46PM

Pawagam di Terengganu akan kembali beroperasi pada Khamis ini dengan SOP yang ketat.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU- Operasi pawagam di Terengganu akan kembali dibuka Khamis ini dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Pengurus Operasi Lotus Five Star Cinemas (LFS) di Paya Bunga Square, Mohd Zulmajdi Razali berkata, operasi premis berkenaan akan mengguna pakai SOP ditetapkan di bawah Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Beliau berkata, SOP itu termasuk membenarkan hanya pelanggan yang sudah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 untuk masuk ke dalam panggung.

“Remaja berusia 17 tahun ke bawah sama sekali tidak dibenarkan walaupun mereka sudah melengkapkan imunisasi tersebut,” katanya kepada Getaran hari ini.

Menurut Mohd Zulmajdi, LFS dibenarkan untuk beroperasi dengan kapasiti 80 peratus, tanpa mengenepikan peraturan penjarakan fizikal.

“Kapasiti 80 peratus itu mengikut jumlah 11 dewan yang kita ada dan LFS juga perlu memastikan laluan keluar masuk pengunjung dan tidak terlalu penuh mengikut SOP ditetapkan,” katanya.

LFS juga jelas beliau, akan tetap akan meneruskan peraturan pengasingan antara lelaki dan perempuan.

LFS Kuala Terengganu mula beroperasi pada Mac 2017 dan merupakan pawagam pertama di Malaysia yang melaksanakan zon pengasingan tempat duduk bagi lelaki, wanita dan keluarga, berkuatkuasa Jukai tahun lalu.

Turut membuka kembali operasi Khamis ini ialah Paragon Cinema, yang mengumumkan perkara itu di laman rasmi Facebook mereka minggu lepas. – Getaran, 20 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

4

Sukan 4 bulan yang lalu

Terima Kecaman Ramai, TFC Batal Perjanjian Tajaan Dengan XFOX

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia