web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kadar Penggunaan Katil Hospital Antara Faktor Kedah, Johor Tidak Dapat Beralih Fasa PPN

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2021 7:49AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kadar penggunaan katil hospital termasuk di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) yang masih tinggi, adalah antara faktor Kedah dan Johor masih belum beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) walaupun kadar vaksinasi di kedua negeri itu berada pada tahap yang baik.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata sehubungan itu penduduk di negeri berkenaan perlu menyedari kepentingan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang tinggi dan mematuhi semua protokol keselamatan ditetapkan.

“Kalau hanya cakap kenapa tidak beralih fasa sedangkan kita hidup dalam disiplin yang tidak dikehendaki, tentulah tidak capai keadaan (peralihan fasa) ini. Jadi masa depan peralihan fasa bergantung kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Bicara Naratif bertajuk Keselamatan Menyeluruh yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam tadi.

Beliau yakin penduduk di kedua-dua negeri itu juga sudah pasti menginginkan peralihan fasa bagi membolehkan mereka menikmati kelonggaran yang diberikan kerajaan.

Buat masa ini negeri-negeri yang diletakkan di bawah Fasa Satu PPN ialah Kedah dan Johor, Fasa Dua (Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Sabah), Fasa Tiga (Perlis, Negeri Sembilan, Sarawak) dan Fasa Empat ialah Labuan. 

Sementara itu Rodzi berkata sistem pertahanan dan keselamatan siber negara adalah setaraf dengan negara maju dan turut mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

“Di peringkat Asean, kita saling bertukar pandangan dan pengalaman malah input pengalaman Malaysia dirujuk negara lain seperti Singapura dalam menguruskan ancaman siber di negara mereka,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia