web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pesakit ICU Tinggi Punca Pahang Gagal Ke Fasa 3 PPN

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2021 5:02PM

Wan Rosdy ketika sidang media selepas meninjau program vaksinasi untuk pelajar sekolah di SMK Bukit Rangin, dekat sini, pagi tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Jumlah pesakit COVID-19 yang masih tinggi di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pahang menghalang negeri ini beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN). 

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, walaupun kadar peratusan vaksinasi di negeri ini sudah melebihi sasaran ditetapkan, namun jumlah pesakit berada di ICU tetap diambil kira sebelum peralihan fasa dapat dibenarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

“Kita sudah memenuhi semua kriteria, kecuali satu saja iaitu kadar penggunaan katil di wad ICU masih tinggi dan saya sudah bangkitkan (perkara ini) kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) dan Yang Berhormat KJ (Khairy Jamaluddin) untuk pertimbangan mereka. 

“Kadar vaksinasi  kita dah lepas (memenuhi kriteria), kadar kebolehjangkitan pun bawah daripada satu, cuma itulah satu yang belum lepas, dan kita minta Kementerian (Kesihatan) dan MKN dapat beri pertimbangan khas untuk kita beralih ke Fasa Tiga,” katanya dalam sidang media selepas meninjau proses vaksinasi untuk pelajar sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rangin, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak, Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus dan ahli Parlimen Paya Besar yang juga Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah. 

Wan Rosdy turut optimis Pahang dapat mencapai imuniti kelompok sebelum hujung tahun ini seperti dijadualkan.

Katanya, walaupun data menunjukkan terdapat kira-kira 100,000 lagi penduduk di negeri ini belum mendaftar bagi mendapatkan vaksin, namun proses penyelarasan data sedang dilakukan pihak Jabatan Kesihatan negeri dan agensi berkaitan bagi mengenal pasti jumlah sebenar penduduk negeri ini yang belum menerima suntikan berkenaan. 

“Setakat ini di Pahang lebih 83.8 peratus sudah mendapat dos pertama dan 61 peratus sudah lengkap menerima dua dos. Mengenai data mengatakan terdapat lebih 100,000 penduduk belum mendaftar, kita akan semak balik.

“Kemungkinan angka itu tidak tepat, mungkin ada (penduduk Pahang) yang mendapat suntikan vaksin di luar negeri ini, mungkin di Lembah Klang, jadi data ini kita akan selaraskan semula,” katanya.

Menurut beliau, pelaksanaan program vaksinasi secara besar-besaran juga dikesan menyumbang kepada senario tersebut.

“Ada yang dapat melalui MySejahtera, ada yang dapat melalui kuota tentera, sumber (untuk mendapatkan vaksin) banyak jadi kita ingat mereka belum mendaftar, sedangkan sebenarnya mereka sudah selesai divaksin,” katanya. - Getaran, 21 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Tiada Kegiatan Hidupkan Semula Ajaran Ayah Pin Dikesan Di Pahang

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia