web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mayat Reput Lelaki Ditemui Terapung

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2021 7:18PM

Mayat itu kini berada di Unit Forensik Hospital Labuan untuk tujuan bedah siasat.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Mayat seorang lelaki yang sudah reput ditemui terapung di Sungai Keling, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Ahmad Jawila berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam pada jam 2.30 petang semalam mengenai penemuan mayat itu.

“Setiba di tempat kejadian, polis mendapati terdapat mayat sedang terapung dalam keadaan mereput, disyaki seorang lelaki berdasarkan bentuk fizikal.

“Setakat ini, polis tidak menerima sebarang laporan mengenai kehilangan mana-mana individu atau ahli keluarga,” katanya hari ini.

Ahmad berkata, mayat itu kini berada di Unit Forensik Hospital Labuan untuk tujuan bedah siasat.

“Kes diklasifikasi sebagai laporan Kes Kematian Mengejut (SDR) sehinggalah laporan bedah siasat diperolehi,” katanya. -  Getaran, 21 September 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia