web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mahu Selamatkan Isteri, Suami Tak Kisah Telinga Parah Digigit Peragut

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2021 8:26PM

Shafien Mamat (kiri) bertanya khabar kepada Mohd Hanif yang menerima pengiktirafan atas keberaniannya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Seorang lelaki sanggup menggadaikan nyawa demi menyelamatkan isteri daripada menjadi mangsa ragut dalam kejadian di Kampung Binjai di sini, jam 5.45 pagi kelmarin.

Keberanian lelaki berkenaan, Mohd Hanif Hilmi, 29, menerima pengiktirafan daripada Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat yang turut menyampaikan sijil penghargaan.

Mohd Hanif berkata, dia sama sekali tidak memikirkan keselamatan diri kerana niatnya hanya mahu menyelamatkan isteri, yang nyaris menjadi mangsa ragut sebaik menuruni tangga bas ekspres.

Katanya, dia yang memandu kereta terus mengejar peragut bermotosikal tersebut untuk menghalangnya daripada melarikan diri.

“Ketika bergelut, peragut menggigit telinga kiri saya hingga mendatangkan kecederaan yang agak parah dan terpaksa menerima tujuh jahitan.

“Namun, saya bersyukur kerana ada dua lelaki di lokasi kejadian tampil membantu, dan bersama-sama menangkap peragut sebelum menyerahkan kepada pihak polis,” katanya yang menerima sijil penghargaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, di sini, hari ini.

Sementara itu, Shafien berkata, suspek yang berusia 29 tahun itu ditahan selepas cuba meragut beg seorang wanita ketika mangsa baru sahaja menuruni tangga bas ekspres.

Katanya, suspek yang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kerana patah tangan kanan dan cedera di kedua-dua lutut dipercayai aktif melakukan kegiatan samun serta ragut sejak tujuh tahun lalu.

“Suspek mempunyai 14 rekod jenayah lampau dan siasatan awal dipercayai lelaki itu terbabit dalam empat kes yang hampir sama modus operandinya di sekitar Kota Bharu awal tahun ini.

“Dengan penangkapan ini, kita dapat menyelesaikan lima kes samun dan ragut, dipercayai dilakukan suspek. Lelaki itu direman selama enam hari bermula semalam sehingga 26 September ini untuk siasatan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya.

Shafien memberitahu, modus operandi suspek adalah dengan mencari mangsa yang tinggal keseorangan terutama di sekitar stesen bas atau kawasan sunyi lain.

Susulan kejadian, beliau turut menasihatkan orang ramai khususnya golongan wanita agar mengelakkan diri daripada berada di kawasan sunyi.

“Tahun lalu terdapat 20 kes samun atau ragut dengan menggunakan modus operandi yang hampir sama iaitu mencari mangsa di tempat yang sunyi,” katanya. - Getaran, 21 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia