web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Harga Ayam Tunjuk Trend Penurunan - KPDNHEP

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2021 7:33AM

Purata harga ayam di seluruh negara kini adalah sekitar RM8.79 sekilogram, turun berbanding sekitar RM11 hingga RM11.50 yang direkodkan dua minggu lepas. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pemeriksaan oleh pihak penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati harga ayam di pasaran kini menunjukkan trend penurunan berbanding minggu sebelumnya.

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP Azman Adam berkata purata harga ayam di seluruh negara kini adalah sekitar RM8.79 sekilogram, turun berbanding sekitar RM11 hingga RM11.50 yang direkodkan dua minggu lepas.

Beliau berkata berdasarkan pemeriksaan di 600 premis menjual ayam sejak semalam, 11 premis dikesan masih menjual ayam pada harga RM10 ke atas, 147 premis pula didapati menjual ayam pada harga RM9.50 ke atas, manakala 339 premis (RM9.50 ke bawah) dan 103 premis (RM8 ke bawah).

Beliau menyifatkan trend penurunan itu sebagai keberkesanan hasil penguatkuasaan KPDNHEP di seluruh negara termasuk kerjasama erat dengan semua peringkat rantaian pengedaran ayam termasuk peruncit, pemborong dan penternak.

"Kami akan terus melakukan pemeriksaan dan penguatkuasaan bagi memastikan harga ayam kekal stabil," katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan di beberapa premis tumpuan di sekitar sini malam ini. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia