web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tolong Buka Semula Sektor Latihan, Jangan Diskriminasi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2021 2:30PM

Syarikat perunding dan penganjur kem bina semangat menggesa supaya kerajaan membenarkan aktiviti berkenaan dibuka semula.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa membenarkan semula operasi syarikat perunding dan penganjur kursus bina semangat yang sehingga kini masih terjejas akibat pandemik COVID-19.

Jurulatih dan perunding kem motivasi, Hanis Harun berkata, syarikat miliknya, Radiant Retreats sama sekali tidak dapat menganjurkan sebarang acara walaupun secara ‘indoor’, susulan peraturan yang melarang aktiviti seumpama itu diadakan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hanis Harun
Hanis Harun

Menurut beliau, ia nyata membebankan kerana majoriti jurulatih dan petugas yang diambil bekerja secara sambilan turut menerima tempias.

“Pandemik ini bukan sahaja menjejaskan kerjaya saya sebagai perunding, tetapi memberi kesan mendalam kepada jurulatih sambilan yang diupah, kerana majoriti mereka terdiri daripada golongan B40.

“Apabila syarikat tidak dapat beroperasi, secara tidak langsung mereka turut kehilangan pekerjaan,” katanya, sedih.

Sebahagian besar jurulatih kem motivasi dan bina semangat jelas Hanis, terdiri daripada pesara tentera, kerana mereka lebih mahir melakukan aktiviti lasak serta ‘outdoor’.

“Mereka juga golongan B40 yang amat memerlukan pendapatan dan amat terkesan apabila syarikat kami tidak dapat beroperasi selama dua tahun,” katanya kepada Getaran.

COVID-19 memberikan kesan kepada mereka yang terlibat dalam aktiviti kem bina semangat.
COVID-19 memberikan kesan kepada mereka yang terlibat dalam aktiviti kem bina semangat.

 Beliau turut menggesa agar kerajaan tidak mengamalkan diskriminasi dan membenarkan semua sektor ekonomi serta pelancongan kembali beroperasi seperti biasa.

“Saya memang kecewa apabila kerajaan membenarkan sektor pelancongan beroperasi tetapi tidak syarikat perkhidmatan seperti kami.

“Janganlah hanya memilih untuk  membenarkan destinasi atau perkhidmatan tertentu sahaja beroperasi, fikirlah juga nasib kami yang amat memerlukan pendapatan untuk meneruskan kelangsungan,” katanya, kesal.

Kebenaran yang dikhususkan untuk kawasan tertentu jelas Hanis, hanya menyebabkan lokasi berkenaan menjadi padat dan meningkatkan risiko penularan virus COVID-19.

“Apabila tumpuan hanya diletakkan kepada kawasan tertentu, sudah tentu ia membuatkan destinasi tersebut menjadi padat, sekali gus boleh menjadi punca kepada penyebaran virus,” katanya.

Antara aktiviti yang dijalankan dalam kem motivasi.
Antara aktiviti yang dijalankan dalam kem motivasi.

Beliau turut mempersoalkan rasional pemilihan destinasi berkenaan oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.

“Saya tak faham, kenapa hanya lokasi tertentu diletakkan di bawah gelembung pelancongan? Bukankah ini seolah-olah satu penindasan kepada destinasi tidak terpilih?

“Apakah kriteria pemilihan itu? Adakah ia bersandarkan kepada populariti semata-mata? Tidakkah pekerja di sana juga memerlukan sumber pendapatan,” katanya.

Penutupan destinasi kurang popular tegasnya, menjadikan pekerja dari golongan B40 terkesan lebih teruk dan sesuatu perlu dilakukan demi membela nasib mereka.

“Tolonglah jangan pilih kasih, jangan mengamalkan diskriminasi,” katanya.

Semalam, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri memaklumkan, tiga lagi pusat pelancongan terkemuka iaitu Melaka, Genting Highlands dan Pulau Tioman dijangka dibuka kepada orang ramai bermula 1 Oktober depan.

Keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Menteri Kuartet, susulan perkembangan positif Projek Rintis Gelembung Pelancongan di Pulau Langkawi.

Katanya, keputusan tersebut akan dibawa ke Jawatankuasa Pengurusan COVID-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini. - Getaran, 22 September 2021.

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia