web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Kes COVID-19 Babitkan Pelancong Di Langkawi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2021 5:22PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Tiada kes positif COVID-19 dilaporkan setakat ini membabitkan pelancong yang berkunjung ke Langkawi sejak pulau itu dibuka untuk gelembung pelancongan pada 16 September lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd Firdaus Ahmad berkata setakat ini kes jangkitan wabak itu hanyalah melibatkan dalam kalangan penduduk tempatan di pulau berkenaan sahaja.

"Ini disebabkan oleh kejayaan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP)...kejayaan di peringkat saringan di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur), apabila lima orang terpaksa tunda perjalanan bila disahkan positif COVID-19.

''Mereka (yang positif) dah sangkut di tempat saringan, belum sampai ke Langkawi, ini bermakna SOP dilaksanakan dengan baik," katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Azhar Ibrahim (PAS-Ayer Hitam) yang ingin tahu mengenai kesan pelaksanaan SOP kepada pelancong di Langkawi dalam sesi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Sementara itu Mohd Firdaus berkata, seramai 200,000 pelancong diunjurkan memasuki Langkawi sehingga hujung tahun ini.

Beliau berkata kejayaan gelembung pelancongan di Langkawi yang menjadi perintis menunjukkan perkembangan positif apabila Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya  mengumumkan tiga destinasi pelancongan lain, Melaka, Genting Highlands dan Pulau Tioman akan turut dibuka bermula 1 Oktober ini.

Sementara itu, katanya pembukaan Jeti Kuala Kedah yang menjadi antara laluan utama ke Langkawi esok juga akan memberi manfaat kepada penduduk di Kedah termasuk di bahagian tanah besar.

"Ketika jeti ini ditutup ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sebelum ini, kesannya memang terasa kerana pelancong terpaksa dilencongkan ke Kuala Perlis untuk menaiki feri ke Langkawi.

Apabila jeti itu kembali dibuka esok, kita akan melihat rakyat di Kuala Kedah akan turut dapat menikmati kesan pembukaan Langkawi," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia