web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Khairy Jamaluddin Diberi 100 Hari Selesai Isu Doktor Kontrak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2021 6:40PM

Khairy bukan seorang doktor dan tiada pengalaman berkhidmat dalam bidang perubatan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hartal Doktor Kontrak memberi tempoh 100 hari kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin untuk menyelesaikan isu dan permasalahan dihadapi pegawai kesihatan lantikan kontrak.

Jurucakap Gerakan Hartal Doktor Kontrak, Dr Mustapha Kamal A Aziz berkata, tempoh masa itu seperti diminta Khairy untuk mencari titik penyelesaian isu terbabit wajar diberikan memandangkan beliau tidak memiliki latar belakang bidang perubatan.

“Khairy Jamaluddin bukan doktor dan tiada latar belakang perubatan. Saya menganggap adalah adil untuk memberikan beliau 100 hari seperti diminta, bagi menyelesaikan isu serta membela nasib dihadapi pegawai kesihatan lantikan kontrak.

“Jadi kami (hartal doktor kontrak) memberi tempoh masa dan beliau sendiri sudah berhubung dengan kami dan mengadakan perbincangan,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Semalam, Khairy memberikan jaminan bahawa beliau akan mencari titik penyelesaian interim yang lebih baik berhubung isu dan permasalahan dihadapi pegawai kesihatan lantikan kontrak.

Beliau menyatakan komitmen itu menerusi perbincangannya bersama Sekretariat Gerakan Hartal Doktor Kontrak yang diadakan secara maya.

Ahli Parlimen Rembau itu turut memaklumkan menerusi Facebook miliknya bahawa beberapa perkara sudah dibangkitkan menerusi perbincangan terbabit, termasuk kaedah penilaian prestasi bagi penjawatan tetap, peluang lanjutan pengajian dan masa depan profesion golongan berkenaan.

Kemelut membelenggu 23,000 pegawai kesihatan kontrak sudah dibangkitkan kira-kira tiga bulan lalu, malah pada Julai, sekumpulan doktor kontrak di Kementerian Kesihatan (KKM) melancarkan gerakan #HartalDoktorKontrak bagi menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung jawatan tetap dalam sektor awam untuk golongan berkenaan.

Ketika ditanya adakah pihaknya berpuas hati dengan jaminan diberikan Khairy itu, Dr Mustapha Kamal memberitahu, mereka kini mengambil pendekatan tunggu dan lihat terlebih dahulu.

“Kita perlu tunggu dan lihat sama ada Khairy Jamaluddin boleh menyelesaikan isu serta memenuhi jaminan,” katanya. - Getaran, 22 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Didakwa Fitnah PM, Menteri Kabinet, Lokman Adam Buat Laporan Polis Atas KJ

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Memang Anwar PM, Tapi Beliau Juga Seorang Islam’ - Khairy 

4

Politik 1 tahun yang lalu

KJ Bertemu Muhyiddin Dalam Tempoh Terdekat, ‘Saya Serba Salah Tentukan Tawaran Kerana…’

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia