web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Suami Isteri Ditemui Mati, Tembak Diri Guna Senapang Patah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2021 8:06PM

Sepasang suami isteri ditemukan mati dengan kesan darah di badan di dalam bilik tidur, di rumah mereka di Kampung Beraya, Jalan Persisiran Pantai Miri-Bintulu, hari ini.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MIRI - Sepasang suami isteri ditemui mati, dipercayai membunuh diri menggunakan selaras senapang patah di kediaman mereka di Kampung Beraya, Jalan Persisiran Pantai Miri-Bintulu, pagi tadi.

Menurut sumber, mayat pasangan itu ditemui di dalam bilik tidur rumah berkenaan.

Lebih menyayat hati, tragedi ngeri itu dipercayai turut disaksikan anak mereka yang dijumpai sedang menangis di sisi mayat ibu bapanya.

Sumber memberitahu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri bergegas ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan perkara itu pada jam 12 tengah hari.

"Kedua-dua mangsa dikenali sebagai Ismail Suhaili, 60, dan Purwanti, 40.

"Siasatan yang dijalankan pihak polis mendapati tidak ada kesan pergelutan atau sebarang tanda yang mencurigakan,” katanya kepada Getaran.

Menurut beliau, selaras senapang patah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut ditemui di lokasi.

"Kedua-dua mangsa dipercayai membunuh diri dan punca mereka bertindak demikian masih belum diketahui.

"Pihak polis masih lagi menjalankan siasatan berhubung kes ini," katanya.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner (ACP) Hakemal Hawari ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kes itu. - Getaran, 22 September 2021

 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Sukan 1 bulan yang lalu

SUKMA 2024: Sarawak Terus Cemerlang, Dahului Carta Kutipan Pingat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia