web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PICK Remaja Dilaksana Guna 3 Kaedah - Timbalan Menteri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2021 8:37PM

Dr Noor Azmi Ghazali berucap pada sidang media khas PICK Remaja di Kementerian Kesihatan, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemberian vaksinasi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja (PICK Remaja) yang dilaksanakan esok akan dikendalikan menerusi tiga kaedah, iaitu aplikasi MySejahtera, 'walk in' dan temu janji berjadual.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata program membabitkan 156 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) awam dan integrasi itu, menyaksikan penjadualan tarikh, masa serta lokasi vaksinasi akan ditetapkan kepada sekolah, sebelum diberikan kepada ibu bapa pelajar berkenaan.

Katanya, remaja di sekolah asrama dikendalikan Kementerian Pendidikan (KPM) dan murid kelainan upaya (OKU) mencakupi bermasalah pendengaran, penglihatan dan pembelajaran akan menerima janji temu menerusi MySejahtera.

“Jadual vaksinasi yang dipersetujui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan dikeluarkan pihak sekolah kepada remaja serta ibu bapa terlibat.

“Bagi remaja tidak bersekolah, mereka boleh walk-in ke PPV yang menjalankan PICK Remaja tanpa janji temu,” katanya pada Sidang Media Khas Vaksinasi Remaja secara bersemuka dan maya, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Dr Noor Azmi berkata, pelajar yang sudah mendapat jadual vaksinasi tetapi tidak dapat hadir mengikut masa ditetapkan perlu memaklumkannya kepada pihak sekolah bagi membolehkan tarikh baharu diberikan untuk menerima vaksinasi itu.

Mengulas mengenai kesan sampingan serius yang mungkin dialami dalam kalangan lebih 410,000 pelajar yang mengambil suntikan itu setakat semalam, beliau berkata, tiada laporan seumpamanya diterima setakat ini.

“Tiada kesan sampingan serius berlaku, jika ada pun sekadar pelajar mengadu bengkak di lengan tempat suntikan, demam, sakit otot, lenguh, sakit kepala. Gejala ringan ini banyak berlaku tetapi akan hilang sehari dua,” katanya.

Sementara itu, Hang Soon berkata, KPM tidak akan melarang mana-mana pelajar untuk hadir ke sekolah apabila sesi bersemuka bermula awal Oktober ini walaupun mereka masih belum menerima vaksin atau menolak imunisasi berkenaan.

Katanya, setiap pelajar di negara ini mempunyai hak untuk mengikuti sesi pembelajaran di sekolah dan KPM tidak akan menafikan perkara itu.

Namun, jelas beliau, kementerian  akan melaksanakan pelbagai pendekatan untuk menggalakkan pelajar menerima vaksinasi berkenaan, termasuk memberikan kaunseling kepada ibu bapa mereka supaya lebih memahami kepentingan imunisasi terbabit demi keselamatan anak masing-masing.

“Kebiasaannya apabila pelajar tidak mahu mengambil vaksin bukan kerana keinginan mereka sendiri, tetapi lebih kepada menuruti arahan ibu bapa,” katanya.

Pada masa sama, Hang Soon berkata, KPM telah merangka pelan komprehensif berhubung pembukaan sekolah berdasarkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi memastikan sasaran supaya seramai mungkin remaja dan pelajar menerima vaksin dapat dicapai dalam masa terdekat.

“Bagi menjayakan sasaran ini, sebanyak 13,696 guru dan anggota kumpulan pelaksana akan terbabit dalam membantu pelaksanaan PICK Remaja di ppv sekolah seluruh negara.

“Kita (PKM) tidak memilih latar belakang pelajar dan kumpulan mana kerana keutamaan kita adalah membuka semula sekolah, khususnya pelajar tingkatan enam yang perlu ke sekolah untuk mengikuti pendidikan bersemuka bagi membuat persediaan menghadapi peperiksaan,” katanya. – Getaran, 22 September 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia