web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pulau Tioman Sudah Sedia Terima Pelancong - Mohd Sharkar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2021 9:59PM

Mohd Sharkar Shamsudin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Pulau Tioman sudah bersedia menerima pelancong bagi tempoh 60 hari akan datang, sebelum aktiviti pelancongan ke pulau ‘melabuhkan tirai’ berikutan ketibaan Monsun Timur Laut, awal Disember ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Peladangan dan Komoditi Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, pengumuman Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk membenarkan pembukaan semula sektor pelancongan sangat ditunggu-tunggu penduduk pulau berkenaan. 

“Kita percaya keputusan itu juga dinantikan pengusaha pelancongan di Pulau Tioman termasuk penduduk setempat dan mereka pastinya akan merebut peluang ini sebelum tibanya Monsun (Timur Laut). 

“Secara umumnya, pengusaha sektor pelancongan di sana (Pulau Tioman) hanya ada masa dua bulan sahaja untuk beroperasi sebelum Monsun, kerana aktiviti pelancongan di pulau tidak dibenarkan sepanjang musim terbabit dan hanya akan beroperasi semula pada Mac tahun depan,” katanya dalam sidang media di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Turut hadir Pengurus Besar Tourism Malaysia Pahang, Kamarudin Ibrahim. 

Mohd Sharkar berkata, Pulau Tioman sudah mencapai imuniti berkelompok pada Julai, dan kali terakhir kes COVID-19 dikesan di pulau berkenaan ialah kira-kira dua bulan lalu. 

“Sebanyak 103 hotel berdaftar dengan kapasiti 1,821 bilik serta 30 pusat selam skuba dan 88 pemandu bot sudah bersedia sepenuhnya untuk beroperasi.

“Prosedur operasi standard (SOP) lengkap bagi gelembung pelancongan Pulau Tioman juga sudah ada dan kita mencadangkan hanya satu jalan masuk ke pulau terbabit dibuka iaitu melalui jeti Tanjung Gemuk, Rompin,” katanya.

Semalam, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nancy Shukri mengumumkan tiga lagi lokasi pelancongan dibuka melalui inisiatif gelembung pelancongan iaitu Pulau Tioman, Genting Highlands dan Melaka. 

Sementara itu, Mohd Sharkar berkata, kerajaan negeri juga berharap MOTAC dapat mempertimbangkan pembukaan beberapa lagi lokasi pelancongan di Pahang, susulan destinasi dimaksudkan itu juga sudah mencapai imuniti kelompok antara 95 hingga 100 peratus.

“Antara lokasi dicadangkan turut dibuka bagi menerima kedatangan pelancong ialah Taman Negara dan Kuala Tahan, Jerantut; Janda Baik, Bentong; Bukit Fraser, Raub; Kuala Gandah, Temerloh; Taman Negeri, Rompin dan Cameron Highlands.

“Kapasiti pelancongan di lokasi berkenaan sangat kecil berbanding Langkawi dan Melaka malah dari segi pengurusan dan pemantauan kemasukan pelancong juga mudah dilakukan berikutan lokasi terbabit hanya mempunyai satu atau dua jalan masuk sahaja,” katanya. – Getaran, 22 September 2021


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Jelajah 1 bulan yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia