web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


11 Gagal Patuhi SOP Dikompaun RM25,000

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2021 9:16PM

10 daripada pesalah yang merupakan pelanggan dikompaun RM1,500 setiap seorang manakala pemilik premis pula berdepan jumlah lebih besar iaitu RM10,000 dalam OP Pematuhan di sebuah premis di Jalan Song, malam tadi.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Sebelas individu berdepan kompaun berjumlah RM25,000 selepas gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam OP Pematuhan di sebuah premis di Jalan Song, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah berkata, kesemua yang ditahan itu gagal mematuhi peraturan penjarakan fizikal ketika diperiksa 11 anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching pada  jam 8.30 malam.

Menurut beliau, 10 daripada pesalah yang merupakan pelanggan dikompaun RM1,500 setiap seorang manakala pemilik premis pula berdepan jumlah lebih besar iaitu RM10,000.

"Kesemua yang dikompaun adalah warga tempatan berusia lingkungan 35 hingga 53 tahun.

"Ketika pemeriksaan dilakukan mereka didapati duduk rapat antara satu lain dan tidak mematuhi penjarakan fizikal yang telah ditetapkan," katanya hari ini.

Beliau berkata, kompaun dikeluarkan atas kesalahan mengikut Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 kerana gagal melakukan penjarakan fizikal.

“Orang ramai perlu sentiasa mematuhi SOP dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19 demi kebaikan bersama,” katanya. - Getaran, 23 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia