web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Keputusan Rayuan Najib, Shafee Gugurkan Sri Ram Sebagai TPR Kanan Ditetap 8 November

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2021 9:40PM

Najib Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan 8 Nov untuk keputusan rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak dan peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman mereka untuk membatalkan kelayakan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya (TPR) kanan dalam perbicaraan kes mereka.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Yaacob Md Sam menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada Muhammad Shafee yang mewakili Najib dan peguam Harvinderjit Singh bertindak bagi pihak Muhammad Shafee selaku perayu dalam prosiding itu yang dijalankan secara maya melalui aplikasi Zoom.

Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan bertindak bagi pihak kerajaan, Peguam Negara dan Sri Ram sebagai responden.

“Keputusan bagi kedua-dua rayuan ini, kami memutuskan untuk menangguhkan keputusan bagi membolehkan kami membaca semula hujahan pihak-pihak dan kes yang dirujuk di hadapan kami. 

“Kami akan menyampaikan keputusan pada 8 Nov, pukul 9.30 pagi,” kata Hakim Yaacob yang bersidang bersama Hakim Datuk Lee Heng Cheong dan Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali.

Pada 28 Ogos tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman bekas Perdana Menteri dan Muhammad Shafee untuk menggugurkan bekas hakim Mahkamah Persekutuan (Sri Ram) sebagai TPR kanan dalam perbicaraan kes mereka, memutuskan bahawa pelantikan Sri Ram adalah sah di sisi undang-undang.

Najib memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk menggugurkan Sri Ram sebagai TPR kanan dalam kesnya berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Disember 2018.

Selain mewakili Najib, Muhammad Shafee turut memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar pelantikan Sri Ram dalam perbicaraan kesnya sendiri membabitkan dua pertuduhan menerima wang hasil  aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta. 

Mereka memohon perintah mahkamah untuk membatalkan atau menggugurkan pelantikan Sri Ram dengan menyatakan bahawa surat pelantikan itu tidak sah. 

Mereka juga memohon pengisytiharan bahawa terdapat percanggahan kepentingan dalam pelantikan itu dan memohon perintah untuk melarang Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam semua kes yang dihadapi mereka, termasuk dalam kes rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia