web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Vaksin: Remaja Komorbiditi Perlu Diutamakan - Pakar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2021 10:16PM

Program PICK Remaja bermula secara rasmi Isnin lepas dan mensasarkan pemberian vaksin COVID-19 kepada 3.2 juta remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sebelum pembukaan sekolah bulan depan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Remaja yang mempunyai sejarah masalah kesihatan atau yang memiliki komorbiditi perlu diutamakan dalam pemberian vaksinasi COVID-19 kerana golongan ini berisiko tinggi mendapat implikasi yang lebih serius akibat jangkitan virus itu.

Pakar kanak-kanak Hospital Raja Perempuan Zainab II Dr Nik Khairulddin Nik Yusoff berkata terdapat laporan dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan remaja yang mengalami kesan teruk apabila dijangkiti COVID-19, termasuk beberapa kes kematian.

“Kebanyakan mereka sudah mempunyai penyakit kronik yang mendedahkan mereka kepada keadaan yang serius serta lebih cenderung mendapat komplikasi disebabkan COVID-19, termasuklah risiko dijangkiti penyakit yang jarang berlaku tetapi sangat serius, iaitu Sindrom Keradangan Mutilsistem pada kanak-kanak (MIS-C) ,” katanya semasa sesi taklimat ringkas kepada media tentang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan PICK Remaja, secara dalam talian, hari ini.

Bagaimanapun, katanya majoriti remaja yang dijangkiti virus itu tidak mengalami gejala atau bergejala ringan yang boleh sembuh sendiri.

“Terkini, dilaporkan kadar kanak-kanak dan remaja yang dijangkiti COVID-19 telah meningkat, justeru keputusan untuk memberi vaksin kepada golongan ini adalah tepat pada masanya dan mesti dipercepatkan,” kata Dr Nik Khairulddin.

Sehingga 21 September lepas, statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan terdapat trend peningkatan jangkitan COVID-19 terhadap kanak-kanak (individu berumur 18 tahun ke bawah) di Malaysia, iaitu daripada 12,620 kes yang dicatatkan tahun lepas melonjak ke 410,762 kes tahun ini, manakala 75 kes kematian COVID-19 kanak-kanak dilaporkan tahun ini berbanding hanya enam kematian tahun lepas.

Program PICK Remaja bermula secara rasmi Isnin lepas dan menyasarkan vaksinasi COVID-19 kepada 3.2 juta remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sebelum pembukaan sekolah bulan depan. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia