web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Langgar SOP PKPB: Neelofa, Suami Pertimbang Kemuka Representasi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2021 1:19PM

Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris ketika hadir di Mahkamah Majistret Seremban hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Pihak pembelaan dalam kes selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail akan mempertimbangkan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara berhubung pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai karpet, di Nilai, awal Mei lepas. 

Perkara itu dimaklumkan peguam yang mewakili pasangan itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika sebutan semula kes di hadapan Majistret Mahyun Yusuf hari ini.

Bercakap kepada pemberita, Muhammad Shafee berkata: “Saya baru dapat (dokumen) itu, jadi kami akan kaji dokumen ini untuk persiapan pembelaan ataupun untuk membuat satu representasi berdasarkan dokumen yang kami ada supaya tidak buang masa.

“Ia adalah perkara kecil, daripada semut jadi gajah,” katanya selepas prosiding kes berkenaan di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Proses sebutan semula hari ini melibatkan penyerahan dokumen pihak pendakwaan kepada pihak pembelaan yang diketuai peguam Muhammad Shafee serta Ramzani Idris, Muhammad Farhan Muhammad Shafee dan Syahirah Hanapiah manakala pihak pendakwaan pula diwakili, Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Aling dan Iznina Hanim. 

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 21 Oktober depan.

Terdahulu, pasangan berkenaan tiba di mahkamah kira-kira 8.40 pagi.

Pada 20 Mei lalu, pasangan itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka ketika berada di sebuah premis menjual karpet di pusat perniagaan Nilai 3, dekat sini, pada 2 Mei lalu dan berdepan dengan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Muhammad Haris, 26, didakwa atas dua kesalahan gagal mematuhi SOP PKPB dengan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di Kedai Naeem Carpet Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Nilai 3, Nilai, pada  4 petang, 2 Mei lalu.

Neelofa, 32, pula dituduh tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk di premis itu atau menulis secara manual pada masa dan tarikh sama. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

Nilofa Group Mohon Maaf Selepas Buat Promosi Berbaur Lucah

2

Selebriti 6 bulan yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Berpurdah Dan Berbadan Dua Bukan Penghalang Buat Neelofa Disunting Menjadi Model Jenama Mewah Antarabangsa

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Jangan Salah Tafsir Mesej Saya - Neelofa

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia