web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Berpurdah Dan Berbadan Dua Bukan Penghalang Buat Neelofa Disunting Menjadi Model Jenama Mewah Antarabangsa

Wajah Neelofa telah dipilih untuk menghiasi kempen jenama mewah Louis Vuitton dan Lancome sempena Syawal

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2023 11:26AM

Noor Neelofa berbesar hati kerana masih dipilih untuk menjadi model kempen bagi jenama antarabangsa biarpun dirinya kini sudah pun berpurdah dan berbadan dua - Gambar Instagram Neelofa dan Edmund Lee (Lancome)

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa berbesar hati kerana masih dipilih untuk menjadi model kempen bagi jenama antarabangsa biarpun dirinya kini sudah pun berpurdah dan berbadan dua.

Bahkan, wajah Neelofa baru-baru ini telah menghiasi kempen jenama terkenal Louis Vuitton dan Lancome sempena Ramadan dan Syawal.

Neelofa menghiasi kempen Lancome sempena Ramadan dan Syawal - Gambar: Edmund Lee (Lancome)
Neelofa menghiasi kempen Lancome sempena Ramadan dan Syawal - Gambar: Edmund Lee (Lancome)

"Saya juga terkejut apabila Lancome masih mahu bekerjasama dengan saya. Hubungan saya dengan Lancome sudah lebih daripada sekadar duta. Kerjasama kami sudah terjalin sejak beberapa tahun yang lalu. 

"Bila kita teruskan persahabatan itu, saya tidak sangka akan ditawarkan untuk buat kempen bersama mereka sempena raya. 

"Bila diberikan kepercayaan untuk mempromosikan produk penjagaan wajah biarpun saya berpurdah, saya rasa sangat berbesar hati kerana mereka nampak lebih dari sekadar menunjukkan kulit wajah," katanya ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjurannya bersama suami di hotel Marriott Putrajaya.

Untuk kerjasama bersama Louis Vuitton pula, kata Neelofa ini adalah pertama kali jenama mewah ini mengeluarkan koleksi 'modest' untuk Muslimah khusus untuk pasaran Timur Tengah. 

"Mungkin ini adalah antara sebab kenapa Louis Vuitton memilih untuk bekerjasama dengan saya dengan adik-adik saya untuk kempen ini. Mungkin, koleksi ini juga mempunyai 'demand' di sini,” kongsinya.

Bercerita mengenai majlis berbuka puasa yang dianjurkannya bersama suami iaitu Haris Ismail, kata Neelofa majlis ini adalah bertujuan untuk meraikan para peminat dan teman media setelah sekian lama tidak dapat melakukannya. 

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 150 orang tetamu ini juga turut diadakan sesi soal jawab agama sebelum masuk waktu berbuka serta sesi cabutan bertuah. – Getaran, 3 April 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 bulan yang lalu

Nilofa Group Mohon Maaf Selepas Buat Promosi Berbaur Lucah

2

Politik 5 bulan yang lalu

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Bekalan Bahan Mentah Mencukupi Sepanjang Syawal - KPKM

4

Selebriti 6 bulan yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara