web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bekalan Bahan Mentah Mencukupi Sepanjang Syawal - KPKM

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Apr 2024 8:07PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan makanan asas adalah mencukupi biarpun permintaan terhadap bahan mentah dijangka meningkat susulan penganjuran rumah terbuka sepanjang bulan Syawal ini.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam kenyataannya berkata, jaminan itu berdasarkan keupayaan pengeluaran domestik komoditi makanan utama negara oleh petani, pesawah, peladang, penternak dan nelayan sepanjang Ramadan.

KPKM berkata, bagi bekalan komoditi makanan yang terhad pengeluaran domestiknya pula akan ditampung menerusi pengimportan bekalan makanan untuk keperluan pengguna di pasaran.

“Tradisi mengadakan rumah terbuka sepanjang bulan Syawal adalah satu kelaziman bagi rakyat Malaysia. Tradisi rumah terbuka ini bukan sahaja dianjurkan oleh individu dan
keluarga, malah turut dianjurkan oleh sektor awam, korporat, perniagaan, komuniti dan NGO. 

“Oleh itu, jumlah penggunaan bekalan makanan asas dalam kuantiti yang besar diperlukan sepanjang tempoh tersebut.

“KPKM memberikan jaminan bahawa bekalan makanan asas adalah mencukupi sepanjang bulan Syawal ini,” kata kementerian dalam kenyataan hari ini.

KPKM seterusnya berkata, pihaknya akan memberi perhatian terhadap lapan komoditi makanan utama seperti yang ditetapkan dalam Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) iaitu beras, ayam, telur, daging, sayur-sayuran, buah-buahan, makanan laut dan susu segar bagi memastikan keperluan pengguna mencukupi.

Antara lain, KPKM berkata,  kebolehcapaian komoditi makanan utama itu juga akan disokong oleh outlet pemasaran di bawah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), selain pasar raya dan kedai runcit di seluruh negara.

"Dalam masa yang sama, KPKM menggalakkan amalan penggunaan bekalan makanan mengikut keperluan bagi mengelakkan sebarang bentuk pembaziran, khususnya dalam tempoh penganjuran rumah terbuka," katanya. - Getaran, 16 April 2024

Berita Berkaitan

1

Rencana 1 tahun yang lalu

Maklum Tuan Rumah Jika Tak Dapat Hadir Rumah Terbuka, Elakkan Pembaziran

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Meriah! Lebih 20,000 Hadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani Permatang Pauh

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rumah Terbuka: 'Ziarah Terdidik' Elak Penularan COVID-19

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Lebih 20,000 Orang Hadir Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah