web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lebih 20,000 Orang Hadir Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2023 5:26PM

Anwar Ibrahim meluangkan masa bertemu serta beramah mesra dengan rakyat yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Lebih 20,000 tetamu hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah yang diadakan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni yang tiba pada pukul 11.35 pagi.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terdahulu tiba di SICC pada pukul 11.15 pagi, serta Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datuk Seri Juliah Salag.

Juhar, Anwar dan Hajiji serta barisan kepimpinan kerajaan negeri seterusnya meluangkan masa bertemu serta beramah mesra dengan rakyat yang hadir pada rumah terbuka itu yang menghidangkan pelbagai sajian serta persembahan.

Sementara itu, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi  Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Rumah Terbuka negeri Sabah ketika ditemui pemberita berkata 50 gerai telah disediakan kepada pengunjung yang hadir.

Beliau berkata program rumah terbuka itu mendapat sambutan yang menggalakkan, dengan kehadiran rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat terus membanjiri SICC sepanjang acara berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 2 petang.

Perdana Menteri juga turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Ketua Menteri dan kerajaan negeri atas kejayaan penganjuran Rumah Terbuka negeri Sabah.

“Tahun ini istimewanya sambutan dapat diadakan secara terbuka berbanding sebelum ini kerana pandemik," katanya.

Tetamu yang hadir juga turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian lagu Hari Raya daripada artis tempatan Sabah, penyanyi serta pelakon Marsha Milan dan Datuk Ramli Sarip.

Pelbagai juadah antaranya rendang, kolupis (nasi bungkus dengan daun), laksa, mi kari, biskut raya, kek, serta minuman disediakan untuk para tetamu yang datang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

3

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

4

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah