web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Meriah! Lebih 20,000 Hadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani Permatang Pauh

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2023 2:03PM

Anwar bersalaman dengan orang ramai pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Negeri Pulau Pinang hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM – Lebih 20,000 pengunjung menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh di sini bagi bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim secara lebih dekat.

Anwar tiba di kampus pada 12.15 tengah hari dan terus ke khemah di dewan utama untuk bertemu dan bersalaman dengan pengunjung yang menunggunya sejak jam 8 pagi.

Beliau turut melayan pelbagai permintaan daripada orang ramai untuk berswafoto.

Sementara itu, Yang Dipertua Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak tiba di kampus tersebut bersama isterinya, Toh Puan Khadijah Mohd Nor.

Mereka disambut oleh Anwar dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow serta mantan Ketua Menteri, Lim Guan Eng. 

Sementara itu, Anwar menegaskan bahawa majlis tersebut memberi ruang dan peluang kepada anggota Kerajaan Perpaduan bertemu rakyat.

Rumah terbuka di sini hari ini menyaksikan lebih 20 gerai menawarkan makanan seperti rendang, sate dan ketupat.

Bulan lalu, Anwar menolak dakwaan bahawa kerajaan mempunyai motif terselindung dalam menganjurkan rumah terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di enam negeri.

Beliau berkata, program itu adalah usaha kerajaan untuk mendekatkan diri dengan rakyat.

“Kerajaan di mana-mana pun akan buat (majlis rumah terbuka), bukan membazir kerana kita beri makanan kepada rakyat. Bagi saya, ia tidak membazir,” katanya.

Rumah terbuka Aidilfitri tahun ini diadakan di Kedah pada 29 April; Pulau Pinang (6 Mei); Negeri Sembilan (7 Mei); Kelantan (12 Mei); Terengganu (13 Mei) dan Selangor (14 Mei).  - The Vibes, 6 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Bekalan Bahan Mentah Mencukupi Sepanjang Syawal - KPKM

2

Rencana 1 tahun yang lalu

Maklum Tuan Rumah Jika Tak Dapat Hadir Rumah Terbuka, Elakkan Pembaziran

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rumah Terbuka: 'Ziarah Terdidik' Elak Penularan COVID-19

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Lebih 20,000 Orang Hadir Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka