web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kandungan Lucah Tersebar, Siasatan Pendakwah Terkenal Terganggu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2021 1:29PM

Abd Jalil Hassan - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Siasatan polis terhadap kes gangguan seksual terhadap seorang penceramah terkenal kini terganggu selepas video dan perbualan lucah yang dikatakan membabitkan suspek tersebar di media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata polis kini terpaksa membuka kertas siasatan terhadap penyebar kandungan berkenaan.

Menurut beliau, penyebaran tersebut mengganggu proses melengkapkan kertas siasatan terhadap penceramah terbabit.

“Polis ingin menasihatkan kepada mereka di luar sana agar menghormati siasatan yang sedang dijalankan terhadap penceramah tersebut.

“Patuhilah undang-undang sedia ada kerana kita tak nak dengan kenyataan disebarkan akan terganggu, (selain membolehkan) siasatan lebih terperinci dilakukan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, hari ini.

Abd Jalil berkata, polis akan memanggil individu yang bertanggungjawab menyebarkan semua kenyataan itu selepas identitinya dikenal pasti kelak.

“Kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini, tak perlulah menyebarkannya di media, sebaliknya terus menyalurkannya kepada polis bagi membolehkan kertas siasatan dilengkapkan dan seterusnya dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara.

“Siasatan kita terhadap penceramah terbabit kini lewat kerana gangguan-gangguan seperti ini,” katanya.

Getaran kelmarin melaporkan, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) tampil berani dengan pendedahan berhubung gangguan seksual yang didakwa membabitkan seorang penceramah terkenal di platform Telegram.

Multiracial Reverted Muslims (MRM) mendedahkan beberapa keping tangkap layar yang memaparkan perbualan berunsur lucah antara penceramah terkenal terbabit dengan seorang wanita, bertujuan menyedarkan orang ramai terhadap bahaya pemangsa seksual. - Getaran, 24 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia