web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mayat Terakhir Tragedi Bot Karam Ditemui

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 Sep 2021 3:52PM

Mayat Joseph Sayah ditemui di Kampung Batu 64 1/2, Beaufort, dalam keadaan tersangkut di tebing sungai, pagi tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Mayat terakhir tragedi bot karam di Sungai Padas, Tenom, ditemui pagi tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Joseph Sayah, 55, ditemui sekitar jam 7.52 pagi oleh orang awam di Kampung Batu 64 1/2, Beaufort, dalam keadaan tersangkut di tebing sungai.

Getaran difahamkan, pengecaman dibuat keluarga mangsa di hospital, dan mengesahkan mayat berkenaan sebagai Joseph, iaitu lelaki yang hilang dalam kejadian bot karam di Tenom, Rabu lalu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan bagi membantu menaikkan mayat mangsa lemas pada jam 6.52 pagi.

Katanya, sepasukan anggota bersama jentera dikerahkan ke lokasi dan sejurus tiba pada jam 7.50 pagi, mereka menjumpai mayat seorang lelaki dewasa tersangkut di 
tebing sungai.

"Anggota kita mengangkat mangsa ke tebing dan menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) bot karam di Kampung Kalandos Pangi bersama-sama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) ditamatkan pada jam 8.55 pagi tadi," tambahnya.

Dalam kejadian sekitar jam 4 petang Rabu lalu, dua mangsa termasuk seorang kanak-kanak lemas, apabila bot yang mereka naiki ketika menyeberangi Sungai Padas untuk balik ke rumah dari membeli barang di Pekan Tenom karam akibat arus sungai yang deras.

Dalam kejadian tersebut, seorang lagi lelaki warga emas dan seorang wanita berjaya menyelamatkan diri.

Mayat kanak-kanak, Melvin Junaidi, 12, ditemui keesokan hari, iaitu pada petang Khamis di Sungai Padas Batu 60, Beaufort, lebih kurang 33 kilometer dari lokasi bot berkenaan karam. - Getaran, 25 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia