web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Segerakan Semak Semula Syarat Ketat MM2H

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 Sep 2021 5:56PM

Sultan Ibrahim menerima menghadap Ismail Sabri di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Semakan semula terhadap syarat ketat Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang ditetapkan kerajaan baru-baru ini perlu dilakukan segera.

Perkara itu dititahkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menghadap Baginda, hari ini. 

Sultan Ibrahim bertitah, Johor adalah antara destinasi utama pelaburan asing, malah negeri ini juga antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. 

“Johor bukan sahaja berjiran dengan Singapura, malah Program MM2H adalah antara penyumbang kepada kekuatan ekonomi negeri. 

“Kaji semula syarat ketat yang ditetapkan sebelum ini dan kekalkan juga syarat lama dengan membuat beberapa penambahbaikan supaya ia dapat memberikan imbangan positif khususnya pertumbuhan ekonomi,” titah baginda.

Pada masa sama, Baginda turut membincangkan pelbagai perkara lain berkaitan kemajuan Johor ketika menerima menghadap Ismail Sabri.

Ini adalah kunjungan rasmi pertama beliau selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan pada 21 Ogos lalu. 

Sesi menghadap Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera bersama Sultan Ibrahim berlangsung di Istana Pasir Pelangi di sini dan turut dihadiri Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad. - Getaran, 25 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia