web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sarawak Negeri Pertama Terima Dos Penggalak - Khairy Jamaluddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2021 4:34PM

Khairy Jamaluddin bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Imunisasi dan Pengurusan Pandemik di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sarawak akan menjadi negeri terawal memberi dos penggalak kepada rakyatnya, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Menurut Khairy, suntikan penggalak tersebut akan diberikan kepada golongan berisiko tinggi seperti warga emas yang telah melengkapkan dua dos suntikan bermula bulan depan.

“Kita akan mulakan Oktober ini sebaik sahaja garis panduan klinikal untuk dos penggalak siap.

“Kami dapati golongan ini mengalami gejala serius yang memerlukan (mereka) dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan kemungkinan meninggal dunia,” kata Khairy dalam satu sidang media secara langsung di Wisma Bapa Malaysia, Sarawak yang turut disiarkan secara langsung di Facebook.

Menteri Kesihatan itu berkata, dos penggalak itu berkemungkinan akan diberikan kepada individu yang masih sihat serta berusia 60 tahun, tetapi keutamaan buat masa ini diberikan kepada golongan berisiko.

“Di negara-negara lain juga, amalannya sama, dilakukan dengan memberikan dos penggalak kepada warga emas dan individu yang mempunyai komorbiditi serius.

“Kita tidak menolak kemungkinan bahawa mereka yang berusia bawah 60 tahun dan apabila sihat nanti, boleh diberikan dos penggalak tetapi fokus kita pada ketika ini adalah golongan berisiko tinggi yang lebih cenderung (untuk) dimasukkan ke ICU dan meninggal,” katanya.

Sementara itu, dalam sidang media yang sama, Khairy juga memaklumkan bahawa kementeriannya telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM3 juta pada kadar segera kepada Sarawak, bagi tujuan penyumberluaran pesakit bukan COVID-19.

“Ini adalah untuk prosedur seperti pembedahan yang terpaksa ditangguhkan dan sekarang kita (KKM) mahu menghantar ke hospital swasta.

“Jumlah itu adalah tambahan kepada peruntukan RM5 juta, dengan RM4.6 juta daripadanya telah dibelanjakan,” katanya selepas Mesyuarat Khas Imunisasi dan Pengurusan Pandemik. -  Getaran, 26 September 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia