web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


ESSCOM Sentiasa Siap Siaga, Kawal Keselamatan ESSZONE

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Sep 2021 8:32PM

Mazlan Lazim (kanan) mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat ESSCOM, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU - Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sentiasa diletakkan dalam keadaan bersiap siaga demi menjaga keselamatan di kawasan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE).

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, keadaan di ESSZONE ketika ini bagaimanapun tenang dan terkawal.

 Menurut beliau, operasi masih lagi dijalankan secara berterusan dengan tumpuan diberikan kepada aktiviti jenayah, lanun, penculikan, pendatang asing tanpa izin (PATI) dan ancaman pengganas daripada laut.

"Operasi berjalan lancar dan pihak ESSCOM mendapat kerjasama penuh daripada pihak Pasukan Gerakan Am (PGA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta elemen lain yang membantu dalam usaha menjaga keselamatan di ESSZONE.

"Kerjasama ini juga diperluaskan dengan negara jiran bagi keberkesanan operasi yang kita jalankan kerana ia adalah penting untuk memastikan keberkesanan operasi kita," katanya.

Mazlan berkata demikian ketika sidang media sempena lawatan kerjanya ke Ibu Pejabat ESSCOM, pagi tadi.

Pada sidang media itu, beliau turut menyeru orang ramai tampil memberikan maklumat kepada ESSCOM, bagi membolehkan tanggungjawab menjaga keselamatan ESSZONE dapat dilaksanakan dengan baik.

Katanya, usaha menjaga keselamatan kawasan tersebut akan menjadi sukar tanpa sebarang input daripada komuniti setempat.

Turut hadir Pengarah Kementerian Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Hazani Ghazali, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah dan Komander ESSCOM, Datuk Ahmad Fuad Othman. - Getaran, 27 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia