web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MPV Timbalan Menteri Langgar Peraturan Jalan Raya, Polis Sahkan Terima Laporan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Sep 2021 8:46PM

Sebuah MPV yang dipercayai milik seorang Timbalan Menteri, tular di media sosial selepas dirakamkan melanggar peraturan jalan raya. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Polis Kelantan mengesahkan ada menerima satu laporan berhubung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard milik Timbalan Menteri yang didakwa melanggar peraturan jalan raya.

MPV berkenaan didapati memotong kenderaan secara berbahaya ketika melalui garisan berkembar di Jalan Bukit Marak - Binjai dekat lampu isyarat Chabang 3 Gong Dermin, di sini.

Terdahulu, video berdurasi 38 saat itu tular di laman sosial Facebook sejak semalam dan mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat.

Menerusi video itu, sebuah MPV dilihat memotong kenderaan lain ketika jalan sesak, menyebabkan beberapa lori yang datang dari arah bertentangan terpaksa memberi laluan.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Suhaimi Jusoh berkata, pihaknya mengesan satu video tular di laman Facebook hari ini yang memaparkan sebuah MPV Toyota Alphard warna hitam  memotong kenderaan secara berbahaya.

Katanya, MPV terbabit memotong di garisan berkembar dan berpotensi menyebabkan kemalangan. 

"Video berkenaan berdurasi 38 saat yang bertajuk 'P45, macam pernah tengok. Nak terkencing barangkali sampai double line pun potong'.

"Saya mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima satu laporan polis berkaitan perkara itu dan pihak ak polis akan membuat siasatan terhadap kes itu di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - Getaran, 27 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia