web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wee Nafi Dakwaan Peraturan Baru, Cat Biru Bampar Bas Sekolah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2021 7:46AM

Peraturan yang masih berkuat kuasa dan diguna pakai berkaitan aspek warna serta tanda pada semua bas sekolah masih kekal dan tiada perubahan.- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menafikan dakwaan kementerian itu mengenakan peraturan cat biru pada bahagian bampar bas sekolah semasa pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM). 

Malah, Wee memaklumkan “peraturan” itu tidak pernah dikeluarkan kepada mana-mana pengusaha atau pengendali bas sekolah di negara ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook beliau malam tadi, Wee turut berkongsi kenyataan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan PUSPAKOM berkenaan dakwaan dibuat Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng menerusi hantaran Facebook miliknya semalam.  

Wee berkata:“Peraturan yang masih berkuat kuasa dan diguna pakai berkaitan aspek warna dan tanda pada semua bas sekolah pada masa ini adalah masih kekal sama dan tiada sebarang perubahan telah dibuat oleh pihak JPJ, selaras dengan peraturan di bawah Kaedah-Kaedah Bas Sekolah (Warna dan Tanda) 1987.

Melalui peraturan itu semua bas sekolah yang beroperasi hendaklah dicatkan dengan warna “Amber”, manakala tulisan “BAS SEKOLAH” pada pada kenderaan tersebut hendaklah dicatkan dengan warna hitam, katanya dalam hantaran itu. 

Pada 26 Sept, Lim pada satu hantaran mendakwa pemilik bas sekolah membuat aduan mengenai peraturan baru oleh Kementerian Pengangkutan dan PUSPAKOM yang memerlukan mereka mengecat biru pada bahagian bampar kenderaan serta menyebabkan tambahan kos pengubahsuaian kenderaan. 

JPJ dan PUSPAKOM dalam kenyataan sama pula menasihati semua pihak untuk sentiasa mendapatkan maklumat tepat serta boleh dipercayai melalui agensi kerajaan sebelum menyebarkan sebarang maklumat yang tidak diketahui keabsahan kepada orang ramai, khususnya melalui media sosial. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia