web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penjara Malaysia Lebih Kapasiti, Catat Peningkatan Banduan 13.5 Peratus

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2021 2:50PM

Jumlah banduan yang di seluruh negara ketika ini melebihi kapasiti ditetapkan dan ia sedikit sebanyak membimbangkan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah banduan yang ditempatkan di semua penjara seluruh negara ketika ini melebihi kapasiti ditetapkan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamad Said.

Sidang dewan diberitahu, 67,507 banduan ketika ini adalah peningkatan sebanyak 13.5 peratus atau 8,265 orang.

Ismail berkata, statistik yang diterima daripada Jabatan Penjara Malaysia itu sedikit sebanyak membimbangkan kerana ia menandakan penjara berada dalam keadaan sesak.

Kesesakan itu jelas beliau, bukan sekadar berpotensi mencetuskan ancaman terhadap tahap keselamatan, tetapi turut membuka ruang kepada penyebaran virus COVID-19 seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

“Bagi menangani masalah tersebut, KDN telah mengambil inisiatif mengurangkan kesesakan di penjara, sekaligus mengekang penularan COVID-19.

“Ia termasuk memindahkan tahanan ke penjara yang kurang sesak dan mewujudkan beberapa pusat tahanan bersifat sementara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab bersama Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli (PAS) yang meminta kerajaan menyatakan rancangan kementerian bagi menyelesaikan masalah kesesakan penjara serta mengelakkan kes jangkitan COVID-19.

Ismail memberitahu sidang dewan, kementerian mengubah suai 13 bekas kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) untuk dijadikan Penjara Satelit bagi tujuan pengasingan banduan baharu, sebelum mereka dipindahkan ke penjara sebenar.

“Pembinaan penjara sementara pula diwartakan di bawah Seksyen 3, Akta Penjara 1995 sebagai Admission Prison dan Jabatan Penjara Malaysia turut mewujudkan Pusat Transit Penerimaan (PTP) di penjara, bagi mengurangkan tahap kebolehjangkitan COVID-19 dalam kalangan banduan serta mengurangkan kesesakan,” katanya. – Getaran, 28 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Rogol Wanita: Da'i Syed Dipenjara 10 Tahun, 3 Sebatan

2

Politik 3 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

4

Politik 3 bulan yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia