web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penduduk Tinggal Sehelai Sepinggang, 27 Kediaman Dijilat Api

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 29 Sep 2021 9:33AM

Kerja memadam api mengalami kesukaran berikutan air laut berada dalam keadaan surut ketika kejadian.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEMPORNA - Lebih 100 penduduk tinggal sehelai sepinggang selepas 27 kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Tabunan, Pulau Bum Bum, di sini, tengah hari semalam.

Kejadian jam 1.15 tengah hari itu turut menyebabkan penduduk kampung kelihatan panik dan cuba menyelamatkan barang berharga, selain ada yang bertindak menyiram air laut ke kediaman masing-masing bagi mengelakkan api terus merebak.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah mengesahkan pihaknya menerima aduan kecemasan berhubung kejadian itu jam 1.40 petang tadi.

“Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Atas Air dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan.

“Bagaimanapun, kerja memadam api mengalami kesukaran berikutan air laut berada dalam keadaan surut ketika kejadian,” katanya.

Menurut beliau, keadaan itu menyebabkan anggota bertugas terpaksa menggunakan sumber air perigi sebelum keadaan berjaya dikawal pada jam 3.57 petang.

“Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan berlaku.

“Sehingga kini kami masih menyiasat punca kebakaran dan jumlah kerugian yang ditanggung mangsa ekoran kejadian tersebut,” katanya.

Jurucakap itu berkata, 11 kediaman penduduk di kampung berkenaan berjaya diselamatkan dari turut musnah. - Getaran, 29 September 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

32 Gerai Penjaja Di Batu Ferringhi Musnah Dijilat Api

2

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Ayah Leka Berbual, Suis Terbakar Pun Tak Sedar!

3

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Angkara Rumah Asap, Lebih 850,000 Ekar Kawasan Musnah

4

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Buang Sampah Sesuka Hati, Tak Sepasal Bertukar Tragedi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia