web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Khidmat Acryl Sani Sebagai KPN Dilanjutkan Secara Kontrak Selama 2 Tahun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2021 4:33PM

Kontrak Acryl Sani dilanjutkan selepas beliau bersara wajib awal bulan depan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Khidmat Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani sebagai Ketua Polis Negara (KPN) akan dilanjutkan selama dua tahun secara kontrak selepas beliau bersara wajib awal bulan depan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata Acryl Sani, 59, dilantik secara kontrak bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 4 Oktober 2021 hingga 3 Oktober 2023.

Beliau berkata pelantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah R’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Tahniah dan syabas kepada Datuk Seri Acryl Sani atas pelanjutan perkhidmatan sebagai Ketua Polis Negara. Saya percaya beliau akan melakukan yang terbaik untuk negara.

“Saya yakin pelantikan ini dapat memberi semangat kepada semua pegawai dan anggota untuk terus bekerjasama dengan Ketua Polis Negara untuk memberi khidmat terbaik kepada negara,” katanya pada sidang media khas penyerahan watikah pelantikan Ketua Polis Negara di Bukit Aman, di sini hari ini.

Acryl Sani dilantik secara rasmi sebagai Ketua Polis Negara ke-13 pada 4 Mei tahun ini bagi menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador yang tamat kontrak perkhidmatan pada 3 Mei lalu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Pertukaran Pegawai Kanan Bukit Aman

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Kementerian Komunikasi Kaji Gubal Akta Muzik

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Bukit Aman Digesa Banteras Gengsterisme Di Julau - Larry Sng

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Sudahlah Mengaku Guna Kabel, Sempat Pula Ke Karaoke!

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia