web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Siasat Dakwaan Pertukaran Pegawai Kanan Bukit Aman

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2024 8:13AM

Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Polis menerima satu laporan berhubung penerbitan artikel yang mendakwa akan berlaku pertukaran melibatkan kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata laporan polis itu dibuat seorang pegawai dari Bukit Aman, petang semalam.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu dan tindakan tegas akan diambil terhadap individu berhubung penyebaran kenyataan tidak sahih di laman sosial.

Terdahulu, sebuah portal berita dalam laporannya mendakwa Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain antara nama yang bakal ditukarkan ke agensi lain di bawah Kementerian Dalam Negeri.

PDRM kemudian menafikan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pertukaran melibatkan kepimpinan tertingginya. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Tindakan Tegas Sewajarnya Akan Diambil Terhadap Portal Salah Lapor Titah Sultan Pahang 

2

Semasa 7 bulan yang lalu

PDRM Umum Pertukaran 45 Pegawai Kanan

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Bukit Aman Digesa Banteras Gengsterisme Di Julau - Larry Sng

4

Rencana 8 bulan yang lalu

Jangan Leka, Jenayah Penipuan Kewangan Masih Berleluasa

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang