web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PDRM Umum Pertukaran 45 Pegawai Kanan

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 Feb 2024 9:02PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 45 pegawai kanannya yang berkuat kuasa 25 Mac ini.

Setiausaha PDRM, Alzafny Ahmad, dalam kenyataan memaklumkan pertukaran itu antaranya membabitkan Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa yang dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur dengan memangku pangkat Komisioner Polis (CP).

Beliau berkata, pertukaran lain melibatkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman.

"Pengarah JSJN pula disandang Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin.

"Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin pula dilantik Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang," katanya.

Selain itu, menurutnya, Juruiring Polis kepada Timbalan Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri ACP Mohd Nasaruddin M Nasir dilantik sebagai Ketua Staf Pasukan Khas Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Kementerian Dalam Negeri dengan memangku pangkat SAC. 

Alzafny berkata, Pegawai Turus E7C, Cawangan Khas, Bukit Aman Supt Raja Farul Izwan Raja Ismail dilantik sebagai ACP Security Liaison Officer (SLO) Jakarta, Indonesia dengan memangku pangkat ACP.

Supt E4A1, Cawangan Khas, Bukit Aman Supt Azman Abdul Khan pula dilantik sebagai ACP SLO Canberra, Australia dengan memangku pangkat ACP, manakala Pegawai Agensi Penguatkuasaan (2) (Bahagian Perisikan), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Supt Ruzaime Ramli pula dilantik sebagai ACP SLO Singapura dengan memangku pangkat ACP. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Pertukaran Pegawai Kanan Bukit Aman

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 58 minit yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 23 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki