web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bukit Aman Digesa Banteras Gengsterisme Di Julau - Larry Sng

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2024 9:23PM

Larry Sng - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SARIKEI  - Ahli Parlimen Julau Datuk Larry Sng menggesa Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk bertindak keras terhadap kegiatan gengsterisme berleluasa yang telah menjadikan kawasannya sebagai Wild Wild West.

Dalam catatan di halaman Facebooknya hari ini, Sng mendakwa bahawa kumpulan kongsi gelap itu bukan sahaja mengendalikan perjudian dalam talian di kedua-dua daerah Pakan dan Julau malah telah juga terbabit dengan aktiviti menjual dadah, kontraban seperti rokok dan minuman keras serta pinjaman wang haram.

"Mereka memaksa pemilik kedai kopi tempatan untuk membeli barang kontraband mereka di Pakan dan Julau dan memerah margin keuntungan daripada peniaga. Mereka yang menentang diugut secara paksa," katanya.

Katanya, syabu atau 'Batu' dijual secara terbuka di bandar Julau untuk menunjukkan bahawa mereka kebal undang-undang.

Sng berkata beliau juga dimaklumkan bahawa beberapa penjawat awam dan ketua rumah panjang (tuai rumah) telah berhutang dan terdesak untuk menjual tanah mereka dan meminjam wang bagi membayar balik samseng yang mengenakan kadar faedah yang terlalu tinggi.

"Ramai daripada mereka ini tidak mampu membayar balik dan sering diancam dengan kekerasan," tegasnya.

Katanya, beliau juga terserempak dengan beberapa samseng tempatan yang jelas ingin menimbulkan masalah ketika menziarahi masyarakat Cina di Julau yang menyambut Tahun Baharu Cina, baru-baru ini.

"Walaupun tidak cedera semasa kejadian itu, sejak itu saya sedar betapa cepatnya pekan luar bandar yang dahulunya aman damai itu kini menyerupai Wild Wild West," katanya.

Memetik Ketua Polis Daerah Julau, DSP Andam Sulin, sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa empat suspek telah direman di Julau pada 11 Februari untuk membantu siasatan kes jenayah kongsi gelap yang dilaporkan berlaku di Pakan, baru-baru ini.

"Kesemua suspek ditahan dan direman pada hari sama laporan polis dibuat. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah," katanya ketika mengulas hantaran Sng di Fackebooknya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Pertukaran Pegawai Kanan Bukit Aman

2

Rencana 8 bulan yang lalu

Jangan Leka, Jenayah Penipuan Kewangan Masih Berleluasa

3

Video & Galeri 10 bulan yang lalu

Sayangi Diri, Jauhi Kemalangan, Panduan Ketika Di Bulatan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Bukit Aman Nafi Tahan, Panggil Sanusi 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang