web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sudahlah Mengaku Guna Kabel, Sempat Pula Ke Karaoke!

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2024 12:22PM

gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang penjawat awam pasti ‘tidak senang duduk’ ketika ini, selepas dikecam netizen gara-gara membuka pekung di dada.

Kisahnya mula ‘panas’ apabila gadis berstatus perjawatan kontrak itu memuat naik hantaran video di akaun media sosial miliknya, ketika sedang rancak berhibur di pusat karaoke.

Menerusi video berkenaan, dia bangga berkongsi cara menghabiskan waktu rehat selama tiga jam yang diperuntukkan setiap Jumaat untuk semua penjawat awam, khususnya wanita.

Sekadar info, waktu rehat penjawat awam pada setiap Jumaat bermula pada jam 12.15 tengah hari hingga 2.45 petang, bagi memberi laluan kepada kaum lelaki menunaikan solat Jumaat.

Dek waktu rehat yang panjang, adalah lumrah jika segelintir penjawat awam wanita memilih untuk ‘bertukar angin’ dan menjamu selera di restoran atau pusat beli belah berhampiran.

Ia bukan satu kesalahan kerana aktiviti seumpama itu bukan dibuat dalam waktu bekerja.

Bagaimanapun, perbuatan gadis terbabit tidak membuka tali penyandang yang digunakan bagi menggantung pas pejabat disifatkan sebagai tidak beretika, apatah lagi dia melakukan perbuatan tersebut ketika sedang bersosial di pusat hiburan.

Bukan sekadar itu, gadis terlibat ketika membalas komen netizen secara terbuka mengakui, jawatan berkenaan diperoleh hasil bantuan ‘orang dalam’, iaitu ibunya yang bertugas di jabatan sama.

Walaupun hanya berstatus kontrak, pengakuannya menimbulkan rasa tidak puas orang ramai, yang perlu melalui pelbagai tapisan semata-mata untuk memohon pekerjaan dalam sektor awam.

Izzwan Izzat di X misalnya berkata, sememangnya ‘untung’ bergelar penjawat awam apabila berpeluang untuk berkaraoke ketika waktu rehat.

“Untung penjawat awam perempuan rehat hari Jumaat sampai tiga jam siap sempat pergi karaoke lagi sebab yang lelaki pergi solat Jumaat. Nak masuk kerja kerajaan jugak tapi tu lah tak ada orang dalam,” katanya.

Bagaimanapun menerusi hantaran terbaru, gadis berkenaan mendedahkan, dia tidak lagi bergelar penjawat awam kerana kontraknya tidak disambung selepas berakhir September tahun lalu.

Jelasnya, video karaoke itu juga tidak membawa maksud apa-apa kerana ia hanyalah kandungan ringan bagi menceritakan aktiviti seharian.

“Saya bukanlah berehat sampai habis tiga jam tu. Itu cuma anggaran kasar waktu rehat kami pada hari Jumaat.

“Saya di pusat karaoke itu pun cuma sejam selepas makan tengah hari. Selepas itu saya sudah kembali semula ke pejabat,” katanya. - Getaran, 25 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Diperdaya ‘Phone Scam’, Penjawat Awam Rugi Lebih RM150,000

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Kenaikan Gaji, Elaun Tetap Penjawat Awam Lebih 13 Peratus Mulai 1 Disember Ini - PM

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kementerian Komunikasi Kaji Gubal Akta Muzik

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Allahyarham Mansor Puteh Pernah Derma Darah 631 Kali

Politik 1 hari yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Audit HRD Corp: SPRM Kenal Pasti Bebeapa Individu Untuk Bantu Siasatan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

Bekas Mufti Pulau Pinang, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Penerima Tokoh Maal Hijrah