web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bukit Aman Masih Kumpul Maklumat, Siasatan Pendakwah Terkenal Sedang Berjalan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2021 2:14PM

Datuk Seri Abd Jalil Hassan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bukit Aman masih lagi dalam proses mengumpul maklumat bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung penyebaran video dan perbualan lucah membabitkan seorang pendakwah terkenal di media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung kes terbabit.

“Polis masih dalam (proses) mengumpulkan maklumat dan melengkapkan siasatan,” katanya ringkas, ketika dihubungi Getaran.

Bagaimanapun, Abd Jalil tidak mendedahkan sama ada terdapat mana-mana individu dipanggil untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes berkenaan.

Sebelum ini Abd Jalil dilaporkan berkata, penyebaran maklumat di media sosial berhubung kes membabitkan pendakwah tersebut sedikit sebanyak mengganggu siasatan yang sedang berjalan.

Serentak dengan itu, beliau menggesa supaya sebarang maklumat diperoleh terutamanya daripada mangsa kes gangguan seksual terbabit disalurkan terus kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bukannya disebarkan melalui media sosial.

Getaran sebelum ini melaporkan, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil berani dengan pendedahan berhubung gangguan seksual yang didakwa membabitkan seorang penceramah terkenal di platform Telegram.

NGO berkenaan, Multiracial Reverted Muslims (MRM) antara lain mendedahkan beberapa keping tangkap layar yang memaparkan perbualan berunsur lucah antara penceramah terkenal terbabit dengan seorang wanita, bertujuan menyedarkan orang ramai terhadap bahaya pemangsa seksual.

Bagaimanapun, Getaran difahamkan, terdapat individu tidak bertanggungjawab mewujudkan satu lagi saluran Telegram menggunakan nama NGO terbabit bagi menyebarkan beberapa klip video yang dikaitkan dengan gangguan seksual pendakwah terkenal berkenaan. - Getaran, 30 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia