web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'Dine In' Hanya Untuk Individu Lengkap Vaksin - Khairy Jamaluddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2021 6:22PM

Kemudahan dine in hanya dibenarkan kepada mereka yang sudah lengkap divaksin bagi semua fasa PPN. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hanya individu yang lengkap vaksin dibenarkan untuk ‘dine in’ di semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Menurut beliau, prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) masih belum dikemas kini.

“Kemudahan ‘dine in’ hanya dibenarkan untuk mereka yang sudah lengkap divaksin bagi semua fasa pemulihan. Kenyataan rasmi akan menyusul.

“Peraturan itu dikuatkuasakan tanpa mengambil kira status sesebuah negeri itu berada pada fasa berapa pun,” katanya dalam satu ciapan di Twitter.

Ciapan tersebut dibuat pada hari pertama Lembah Klang memasuki fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara.

Garis panduan yang dikeluarkan MKN pada 24 September tidak meletakkan syarat vaksinasi sebagai keperluan untuk mana-mana individu dibenarkan makan di kedai yang berada di fasa ketiga.

Terdahulu, SOP MKN bagi negeri di bawah fasa tiga tidak mensyaratkan pelanggan untuk melengkapkan vaksinasi masing-masing bagi membolehkan mereka makan di kedai atau restoran.

SOP bagi negeri di bawah fasa kedua pula hanya membenarkan aktiviti itu dibenarkan untuk pelanggan yang sudah lengkap divaksin. – Getaran, 1 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

2

Refleksi 7 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

3

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia