web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


CTOS Terima Arahan Penangguhan Sementara Akses CCRIS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Oct 2021 7:50AM

CTOS mendapat arahan daripada BNM mengenai penggantungan sementara akses terhadap CCRIS bagi semua agensi pelaporan kredit, berkuatkuasa semalam. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - CTOS Data Systems Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh CTOS Digital Bhd telah menerima arahan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai penggantungan sementara akses terhadap Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) bagi semua agensi pelaporan kredit, termasuk CTOS, berkuat kuasa semalam.

Katanya penangguhan sementara itu adalah “langkah perlu, proaktif dan pencegahan kepada potensi ancaman siber dan kemungkinan berlakunya insiden kebocoran data dalam industri pelaporan kredit.”

“Berdasarkan keputusan penangguhan daripada BNM, kami akan menghentikan sementara laporan dan perkhidmatan yang mengandungi maklumat di platform kami,” menurut CTOS dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Syarikat itu menyatakan, menjaga keselamatan data pelanggan sentiasa menjadi keutamaannya dan CTOS komited untuk mematuhi syarat itu agar penangguhan berkenaan akan ditarik balik. 

“Kami bekerja dengan pantas untuk menyambung semula perkhidmatan ini secepat mungkin,” katanya sambil memaklumkan portfolio perkhidmatan yang lain masih tersedia untuk pelanggan.

CTOS berkata penangguhan sementara itu dijangka tidak memberi sebarang impak material kepada kewangannya pada masa ini. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia