web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Teruskan Pemberian Insentif Kepada Pengusaha Hotel - MAH Terengganu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2021 1:41PM

Suaibah Harun

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Kerajaan diharapkan akan meneruskan pemberian insentif kepada pengusaha hotel sehingga Jun tahun depan, atau sekurang-kurangnya sehingga sempadan antarabangsa dibuka semula, kata Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Terengganu.

Pengerusinya, Suaibah Harun berkata, biarpun pelancongan dibenarkan beroperasi kembali namun pengusaha masih memerlukan insentif bantuan seperti Program Subsidi Upah (PSU) dan diskaun bil utiliti bagi meneruskan kelangsungan perniagaan mereka.

"Bantuan PSU sangat bermanfaat untuk pengusaha hotel kerana secara tidak langsung kita dapat mengekalkan jumlah pekerja di premis masing-masing

“Begitu juga dengan perbelanjaan utiliti, pengusaha hotel sangat terbeban menanggung kos utiliti. MAH berpendapat tidak salah syarikat- syarikat ini yang mencatatkan keuntungan besar dapat  membantu pengusaha hotel mengharungi cabaran fasa pemulihan dengan memberi potongan harga,” katanya kepada media.

Pada masa sama, Suaibah yang juga Pengurus Besar Hotel Primula turut meminta campur tangan kerajaan bagi meneliti semula cukai digital untuk ejen pelancongan dalam talian seperti Booking.com dan Agoda.

“Kebimbangan kita ialah apabila ejen pelancongan dalam talian menaikkan kadar komisyen yang terlalu tinggi sehingga mencecah 30 peratus. 

"Tanpa pemantauan kerajaan kita bimbang nilainya terus meningkat jadi harga siling komisen perlu ditetapkan,” katanya.

Selain itu beliau berkata, MAH Terengganu turur berharap berharap kerajaan dapat meneruskan pengecualian cukai pelancongan hingga 2023 dan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) untuk bilik serta makanan hingga Jun 2022.

Pada 1 September lepas, Terengganu membuka sektor pelancongannya yang hanya terhad kepada rakyat negeri itu sahaja. - Getaran, 2 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia