web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Maut Renjatan Elektrik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2021 5:35PM

Beberapa anggota Bomba membantu mengeluarkan mangsa yang ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang di Pekan Batu 8, Sandakan, pagi tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SANDAKAN - Mayat seorang lelaki yang dipercayai terkena renjatan elektrik ditemui di simpang masuk Pekan Batu 8, di sini, pagi tadi.

Mangsa yang dikenalpasti sebagai Mohd Nasir Hassan, berusia dalam lingkungan 30an sebelum itu ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang.

Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan pada jam 6.32 pagi.

Menurut beliau, sepasukan anggota bersama sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan dikerah ke lokasi.

"Sejurus tiba, pasukan menemui seorang mangsa yang tidak sedarkan diri di dalam longkang dipercayai terkena renjatan elektrik.

"Pasukan kita bertindak mengeluarkan mangsa selepas pihak Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memotong bekalan elektrik," katanya.

Menurut beliau, selepas mangsa berjaya dikeluarkan, pasukan perubatan yang turut berada di lokasi kejadian segera menjalankan pemeriksaan dan mengesahkan dia sudah meninggal dunia.

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Pihak bomba menamatkan operasi tersebut pada jam 8.18 pagi selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian. - Getaran, 2 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia