web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bekas Ketua Pengarah MSN Zolkples Embong Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Oct 2021 12:48PM

Zolkples Embong - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong ditemukan meninggal dunia di kediamannya di Pandan Indah di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak ketika mengesahkan perkara itu berkata jenazah Zolkples, 62, kini berada di Hospital Kuala Lumpur bagi tujuan bedah siasat.

“Anak saudara dan bekas pembantu peribadi beliau meminta bantuan polis untuk membuka pintu rumah arwah kira-kira 10 pagi tadi selepas beberapa panggilan dibuat tidak dijawab. Selepas polis berjaya membuka pintu rumah, jenazah Zolkples ditemukan terbaring.

“Punca dan waktu kematian akan diketahui setelah selesai bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan, jenazah Zolkples ditemukan terbaring di bahagian dapur rumahnya.

Turut difahamkan beberapa pegawai MSN gagal menghubungi beliau sejak Jumaat lepas, selepas mendapati Zolkples tidak hadir solat Jumaat di Vista MSN Bukit Jalil.

Zolkples mula menjawat jawatan Ketua Pengarah MSN sejak 2007 hingga 2014.

Beliau juga pernah menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Asia 2010 yang menyaksikan Malaysia merangkul sembilan pingat emas sekali gus merupakan pencapaian terbaik kontinjen negara sepanjang penyertaan pada temasya sukan berkenaan.

Berikutan kejayaan itu, beliau sekali lagi diberikan kepercayaan sebagai Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Paralimpik London 2012.

Zolkples juga pernah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Sukan SEA 2017. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

2

Selebriti 2 bulan yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

3

Semasa 2 bulan yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Siti Zaharah Sulaiman Meninggal Dunia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia