web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Terus Laksana Op Patuh - Mazlan Lazim

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2021 2:09PM

Mazlan (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan kepada pesara polis ketika lawatan kerjanya ke IPK Johor.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus melaksanakan Operasi Pematuhan (Op Patuh) prosedur operasi standard (SOP) dari semasa ke semasa sehingga menerima arahan selanjutnya.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pemeriksaan berterusan itu membabitkan kilang, tapak pembinaan, asrama pekerja dan premis perniagaan.

“Ia melibatkan perniagaan yang tiada surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) dan kita lihat juga keseluruhannya sama ada melanggar SOP yang sepatutnya mereka patuh tetapi tidak patuh.

“Kita terus laksanakan tindakan ini dari semasa ke semasa hingga dapat arahan lanjut,” katanya ketika sidang media selepas mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Menurut beliau, sebanyak 2,293,700 pemeriksaan dibuat dengan 7,740 kompaun dikeluarkan, manakala 4,622 premis lagi diarahkan tutup sejak Op Patuh dilancarkan 25 Jun lalu sehingga semalam.

Mazla turut menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi SOP bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19 pada masa kini.

“Kita perlu pastikan virus ini tidak menular, jadi rakyat perlu dijaga. PDRM berkorban untuk rakyat,” katanya.

Jelas beliau, PDRM setakat ini telah menugaskan 3,442 pasukan pematuhan di seluruh negara terdiri daripada 14,959 pegawai dan anggota.

Terdahulu, Mazlan turut menyampaikan sumbangan kebajikan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWF) kepada 20 pesara bagi kontinjen Johor pada Program Penyerahan Sumbangan Kepada Pesara PDRM di IPK Johor.

Menurutnya, sejumlah 887 pesara asnaf telah menerima sumbangan TAWF membabitkan RM1.59 juta antara Januari hingga Mei lalu.

“Polis menyeru supaya orang ramai menguar-uarkan peranan tabung TAWF ini kepada pesara polis supaya kita dapat sama-sama menyantuni mereka,” katanya. - Getaran, 3 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia