web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


47,000 Pelajar Terengganu, Kelantan, Langkawi Mula Sesi Persekolahan Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2021 2:29PM

Mohd Radzi Jidin berpuas hati dengan perlaksanaan SOP di semua sekolah terlibat.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DUNGUN - Seramai 47,000 pelajar di Terengganu, Kelantan dan Langkawi mula menjalani sesi persekolahan secara bersemuka hari ini.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berkata, beliau secara keseluruhan berpuas hati dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) di semua sekolah terlibat.

“Alhamdulillah kita lihat semuanya berjalan dengan baik termasuklah penggiliran murid dalam kelas.

“Seperti mana diumumkan sebelum ini, kita tetapkan untuk separuh  daripada murid hadir secara bersemuka dan separuh lagi belajar di rumah,” katanya pada sidang media selepas tinjauan di Sekolah Menengah Sains Dungun di sini.

Mohd Radzi berkata, pendekatan tersebut membolehkan penjarakan fizikal dilaksanakan dengan baik, sekali gus mengelakkan kesesakan di sekolah.

Menurut beliau, statistik juga menunjukkan majoriti pelajar tingkatan enam telah melengkapkan dos vaksin COVID-19 masing-masing.

“Begitu juga dengan proses imunisasi pelajar tingkatan lima yang sedang dilaksanakan secara berperingkat.

“Insya Allah kita akan dapat melihat sebahagian besar pelajar dapat menerima sekurang- kurangnya satu dos dalam masa terdekat ini,” katanya.

Mengulas mengenai takwim persekolahan sesi 2021 yang dilanjutkan sehingga Mac depan, beliau berkata kementerian kekal dengan keputusan tersebut.

Jelasnya, ia adalah ketetapan yang terbaik buat masa ini bagi memastikan pelajar dapat menguasai pembelajaran dengan sepenuhnya.

Ditanya mengenai kemungkinan pelajar dibenarkan membawa telefon bimbit bagi membolehkan mereka mengimbas MySejahtera, Mohd Radzi berkata perkara tersebut akan diumumkan kelak.

“Kita sedang meneliti dari sudut operasinya, kita  akan umumkan jika ada maklumat terbaharu,” katanya. - Getaran, 3 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

3

Semasa 2 minggu yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia