web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Premis Kosong Dipercayai Punca Kebakaran Kampung Baru Karak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2021 7:48AM

Sebanyak 48 kediaman dan 8 premis kedai musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Baru Karak, Sabtu lalu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BENTONG - Premis kosong dipercayai menjadi punca kepada kebakaran besar di Kampung Baru Karak, dekat sini, Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ir Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, Unit Forensik sedang menyiasat punca kebakaran yang memusnahkan mengakibatkan 48 kediaman dan lapan premis kedai itu.

Menurut beliau, siasatan yang turut membabitkan Unit Anjing Pengesan JBPM itu sedang meneliti semua aspek, termasuk kemungkinan berlaku litar pintas di sebuah premis kedai gunting rambut yang sudah lama tidak beroperasi.

"JBPM Pahang tidak menolak kemungkinan sistem pendawaian yang sudah uzur antara punca mencetuskan kebakaran berkenaan. 

"Kita akan siasat semua kemungkinan dan ini termasuklah sistem pendawaian di kawasan terbabit kerana difahamkan kebanyakannya sudah berusia lebih 30 atau 40 tahun," katanya kepada Getaran.

Wan Mohammad Zaidi mengakui, masalah tekanan air memberi kesan kepada usaha pegawai dan anggota mengawal kebakaran lebih cepat. 

"Memang berlaku (keadaan tekanan air rendah) tapi kita dapat atasi menggunakan bekalan air dari tangki jentera milik JBPM," katanya. 

Getaran diberitahu, Unit Forensik JBPM Pahang juga sedang menyiasat dakwaan segelintir penduduk, kononnya terdapat premis kosong dijadikan tempat simpanan mercun dan bunga api, hingga mengakibatkan kebakaran merebak dengan lebih pantas.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pahang, Datuk Abd Rahim Muda yang ditemui selepas meninjau pusat penempatan sementara mangsa kebakaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Karak di sini, berkata, beliau akan berbincang dengan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail untuk memutuskan jenis bantuan yang boleh disalurkan kepada semua mangsa terbabit. 

 "Mungkin ada sedikit bantuan kewangan akan diberikan kepada mereka, tapi bergantung hasil perbincangan dan keputusan Menteri Besar.  Saya pun datang sebagai mewakili beliau untuk melihat dan mengenalpasti bantuan yang diperlukan semua mangsa. 

 "Buat masa ini, bantuan awal berbentuk barangan keperluan asas sudah diagihkan kepada mereka melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pusat kawalan operasi bencana (PKOB) daerah Bentong," katanya.  - Getaran, 4 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia