web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Keperluan Buka PPV Mega - Khairy

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2021 7:31AM

Khairy Jamaluddin (kiri) menyaksikan Pengurus PPV WTC, Dr Husni Zaeem Abd Hadi memberikan suntikan vaksin yang ke-1,285,193 dan yang terakhir kepada Mohd Haidhar, 20, (tengah) pada majlis penutupan PPV WTC, Kuala Lumpur, malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk pusat pemberian vaksin (PPV) mega meneruskan operasi pemberian vaksin COVID-19 berikutan majoriti rakyat telah menerima vaksin lengkap, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata justeru, PPV yang mencapai liputan vaksinasi yang baik akan mula ditutup.

"Bila kebanyakan penerima vaksin telah menerima vaksin, jadi kita tak perlu lagi ada PPV besar beroperasi kerana ini melibatkan kos dan sebagainya. Esok (Isnin) saya akan bermesyuarat dengan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengenai beberapa PPV masih dibuka untuk yang tercicir dan warga asing.

"Kita juga sedang berbincang dengan MOSTI untuk tutup PPV (yang sudah capai matlamat) secara berperingkat," katanya kepada pemberita selepas melawat hari terakhir operasi PPV Pusat Dagangan Dunia (WTC) malam tadi.

Menurutnya, PPV WTC ditutup secara rasmi semalam selepas 150 hari beroperasi, sejak 5 Mei lepas.

Khairy berkata beberapa PPV masih dibuka bagi program vaksinasi remaja, manakala klinik kerajaan dan swasta akan dijadikan PPV melibatkan dos ketiga dan dos penggalak.

Mengenai laporan palsu atau 'false alarm' kesan sampingan vaksin dalam kalangan remaja, beliau berkata tiada laporan berkaitan kesan sampingan serius diterima setakat ini.

Pada 22 September lepas, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata seramai 410,489 remaja telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 dan tiada sebarang laporan mengenai kesan sampingan serius dialami golongan remaja yang menerima suntikan itu. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia