web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sabah Benarkan Majlis Rasmi Kerajaan, Swasta Mulai Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2021 7:43AM

Masidi Manjun - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Majlis rasmi kerajaan dan swasta termasuk perasmian dan bengkel dibenarkan bermula hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.

Masidi yang juga jurucakap COVID-19 Sabah berkata kebenaran itu adalah mengikut syarat iaitu semua yang hadir telah lengkap divaksin dan kapasiti 50 peratus ruang premis.

“Bagi individu belum divaksin atas masalah kesihatan atau perubatan yang telah disahkan pegawai perubatan berdaftar, perlu menjalani ujian pramajlis menggunakan kit ujian kendiri (saliva) sebelum hadir disaksikan penganjur atau pengesahan daripada pengamal perubatan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata Sabah mengekalkan trend penurunan kes positif dengan catatan sebanyak 767 kes, iaitu penurunan marginal 17 kes berbanding semalam sebanyak 784 kes.

Beliau berkata trend penurunan kumulatif kes Sabah pada hari ini sejajar dengan jumlah daerah yang mencatatkan penurunan iaitu 15 daerah, manakala 11 daerah lain mencatatkan sedikit peningkatan dan satu  daerah iaitu Kinabatangan mengekalkan catatan sebagaimana semalam. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia