web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pengurus Pusat Intervensi Dera Kanak-Kanak Autisme Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2021 1:19PM

Tangkap layar dari video yang dikongsi oleh bapa mangsa menunjukkan suspek mengheret kanak-kanak itu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pengurus sebuah pusat intervensi kanak-kanak autistik di Bandar Baru Ampang ditahan selepas dipercayai memukul seorang kanak-kanak autisme berusia enam tahun di bawah jagaannya.

Wanita warga Singapura terbabit ditahan kelmarin, selepas polis menerima laporan berhubung salah lakunya, susulan aduan dibuat bapa mangsa Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian disedari bapa kanak-kanak terbabit selepas mengambil anaknya pulang daripada pusat intervensi terbabit kira-kira jam 12.45 tengah hari.

“Ketika mengambil anaknya untuk pulang, petugas di pusat terbabit memberitahu ada kesan kemerahan pada tepi dahi kiri kerana mangsa menghantukkan kepala pada meja,” katanya, hari ini.

Mohamad Farouk berkata, bapa mangsa kemudian meminta untuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan melihat wanita berusia 51 tahun berkenaan bertindak kasar terhadap anaknya, dengan alasan kanak-kanak itu enggan menjamah makanan disediakan.

“Susulan itu, polis kemudian bertindak menahan suspek di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya selepas keterangannya diambil.

“Suspek kini ditempatkan di lokap bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.

Kesan kemerahan pada badan mangsa. - Gambar dari FB Tengku Aminuddin Shafiq
Kesan kemerahan pada badan mangsa. - Gambar dari FB Tengku Aminuddin Shafiq

Terdahulu, bapa mangsa, Tengku Aminuddin Shafiq Tengku Ibrahim, 36, memuat naik gambar dan rakaman CCTV di laman Facebook dan Instagram miliknya dengan dakwaan anaknya dipukul di pusat intervensi terbabit.

Hantaran yang dibuat itu kemudian tular dan netizen meminta tindakan tegas diambil ke atas pemilik pusat intervensi terbabit.

Hantaran terbabit mendapat 4,600 tanda suka, 3,300 komen dan 20,900 ulang siar oleh pengguna Facebook setakat hari ini. - Getaran, 4 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Kes Kematian Kanak-Kanak: Suami Isteri Direman 7 Hari

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Dera Anak Hingga Mati, Bekas Tentera Dihukum Gantung

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Mangsa Dera Dirawat Sebelum Diserah Kepada Waris Layak, Sesuai

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia