web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19: 70 Kes Dikesan Di 2 Hotel Di Langkawi, Pulau Pinang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2021 2:53PM

Dr Norlela Ariffin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGETOWN - Sebanyak 70 kes COVID-19 direkodkan di dua hotel terkenal, masing-masing di Pulau Pinang dan Langkawi.

Daripada jumlah berkenaan, 20 kes adalah dari hotel di Pulau Pinang dan 50 di Langkawi.

Jangkitan itu dipercayai disebarkan oleh kakitangan hotel dan bukan pelanggan.

Menurut Pegawai Kesihatan Daerah Langkawi, Dr Mansor Ismail, berikutan itu, hotel lima bintang di Langkawi itu akan ditutup selama dua minggu bermula esok.

“Tetamu hotel itu dipindahkan bagi membolehkan kakitangan dan kontak rapat dikuarantin.

''Semua tetamu hotel tidak mempunyai sebarang simptom COVID-19,'' katanya kepada The Vibes.

Dr Mansor berkata, ia dianggap sebagai kluster tempat kerja yang bermula dari jabatan kejuruteraan, dengan kes pertama direkodkan pada 24 September.

Jangkitan itu merebak ke beberapa jabatan lain, termasuk bahagian makanan dan minuman serta bahagian pengurusan.

Manakala hotel di Pulau Pinang pula ditutup sementara sehingga dimaklumkan. Kakitangannya dikuarantin dan hotel itu akan menjalani proses sanitasi.

Exco Kesihatan, Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar Pulau Pinang, Dr Norlela Ariffin memberitahu The Vibes bahawa isu berkenaan bukan mengenai bagaimana hotel dijangkiti tetapi bagaimana jangkitan itu berlaku.

“Terdapat banyak lokasi dengan penyebaran seperti ini, walaupun mereka memantau SOP. 

''Ia berlaku apabila kakitangan makan bersama dan ini masalahnya. Mereka membuka pelitup muka, duduk bersama dan bersembang ketika waktu makan,'' katanya.

Beliau berkata, perkara sama dilaporkan di pusat vaksinasi, apabila kakitangan dan sukarelawan duduk dan makan bersama pada waktu rehat.

Beliau memaklumkan bagaimana dua kakitangan Jabatan Pertahanan Awam menyebarkan virus kepada 47 yang lain di pusat vaksinasi apabila mereka makan bersama.

“Saya akan bincangkan perkara ini dengan pegawai kesihatan daerah dan menyiasat punca jangkitan,'' katanya.

Dr Norlela berkata, apabila Komtar merekodkan jumlah kes yang tinggi, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow menasihatkan semua kakitangan makan di meja mereka berbanding makan beramai-ramai bagi mengurangkan risiko jangkitan. - Getaran, 4 Oktober 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia