web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Guru Belum Sedia Divaksin Beri Sedikit Kesan Kepada Sesi Pengajaran - Radzi Jidin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2021 5:11PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA PILAH - Keputusan segelintir guru yang belum bersedia menerima suntikan vaksin ketika ini memberikan sedikit kesan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

Beliau berkata meskipun jumlah guru yang belum bersedia divaksin hanyalah kira-kira 2,000 orang sahaja daripada keseluruhan 415,000 guru di seluruh negara, namun ia tetap menjejaskan pengurusan di sekolah.

“…jumlah itu terlalu kecil, tetapi sebab ada sekolah yang guru tak mahu divaksin ini kadang-kadang mengajar subjek yang sama, jadi bagaimana nak mengajar.

“Ada juga guru yang tidak mahu divaksin ini satu-satunya (guru) yang mengajar subjek tertentu, jadi sekolah berkenaan tiada guru subjek itu,” katanya kepada pemberita selepas meninjau hari pertama persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Kurshiah di sini hari ini.

Katanya keputusan menukarkan guru yang belum divaksin ke tempat lain bukanlah ugutan, tetapi ia melibatkan urusan pentadbiran selain Jabatan Perkhidmatan Awam juga mewajibkan kakitangan awam divaksin sebelum 1 November ini.

Sementara itu Radzi berkata Kementerian Pendidikan masih meneliti cadangan menukar permulaan sesi persekolahan daripada Januari kepada Mac, dengan menjadikan sesi tahun depan sebagai panduan.

Jelasnya kementerian turut mengambil kira libat urus bersama pihak berkepentingan termasuk ibu bapa dan guru yang memberi maklum balas positif termasuk berkaitan pengurusan peperiksaan ketika musim tengkujuh di beberapa negeri. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Guru Langgar Disiplin Perlu Dikecualikan Kenaikan Pangkat Secara 'Time Based' – PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu

3

Pendidikan 5 bulan yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Guru PASTI Dakwa Ditindas: ‘Berikan Hak Kami!’

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia